Cat Fanciers' Association

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
CFA

Cat Fanciers' Association, Inc. ditubuhkan pada 1906 dan merupakan pendaftar terbesar dunia untuk kucing-kucing pedigri (pedigree) [1]. Misi CFA adalah untuk mempelihara dan menggalakkan pemeliharaaan kucing-kucing baka “bukan kacukan” ini dengan baik dan penuh kasih dan sayang.

Pertunjukan berlesen pertama CFA dibuat di Buffalo, New York dan Detroit, Michigan pada 1906.

CFA berkembang pesat dan amat meluas pada abad yang lepas dan kini menyambut ulang tahun sekurunnya pada 2006. Lebih dari 300 kelab-kelab CFA seluruh dunia bercadang atau telah melangsungkan pertandingan-pertandingan atau pameran kucing-kucing yang didaftarkan di bawah CFA di serata dunia.

Sehingga kini, CFA telah mengiktiraf 39 baka kucing-kucing pedigri untuk kelas “Championship” atau “Premiere” , 1 baka unutk kelas “Provisional” iaitu kucing “La Perm” dan 1 baka untuk kelas “Miscellaneous” iaitu kucing “Ragamuffin”.

Senarai kucing pedigri[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai kucing-kucing pedigri yang diiktiraf oleh CFA mengikut susunan abjad:-

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Antara khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh CFA termasuklah pendaftaran kateri, pendaftaran anak – anak kucing yang lahir dari ibu/bapa pedigri, pertandingan kucing-kucing untuk ahli persatuan dan juga untuk pameran dan pengetahuan kepada orang ramai.

Pedaftaran anak-anak kucing bukan boleh dibuat sewenang-wenagnya. Anak- anak kucing tersebut mesti mempunyai surat pendaftaran dan salasilah keluarga pedigri sekurang-kurangnya 3 hingga 6 generasi sebelumnya bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai kucing pedigri. Kucing kacukan atau lebih kerap dipanggil kucing kampong atau “moggy” adalah kucing yang telah dikacukkan dengan baka lain atau tidak mempunyai rekod pendaftaran dari generasi sebelumnya.

Aktiviti – aktiviti lain[sunting | sunting sumber]

Lain- lain aktiviti yang dianjurkan termasuklah penetapan piawaian kucing-kucing, memberi garis panduan untuk pembiakan kucing-kucing baka ini, pendaftaran untuk menjadi pembiak berdaftar, melatih hakim-hakim pertandingan kucing, menerbitkan buku – buku berkenaan kucing dan cara-cara penjagaa kesihatan, membuat acara khas untuk kanak-kanak bagi menyedarkan mereka dengan cara –cara membela kucing dan banyak lagi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]