Nakhon Ratchasima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Korat)
Lompat ke: pandu arah, cari
Patung Thao Suranaree (Khun Ying Mo) menandakan pusat bandar berkenaan, di antara bandar lama di timur dan pembangunan lebih baru di sebelah barat.

Nakhon Ratchasima (Bahasa Thai: นครราชสีมา, IPA: [náʔkʰɔːn râːt.tɕʰa.sǐː.maː] ) merupakan sebuah bandar (thesaban nakhon) di timur-laut (Isan), Thailand dan merupakan pintu masuk ke Isan. Ia merupakan ibu kota Wilayah Nakhon Ratchasima dan daerah Nakhon Ratchasima. Semenjak 31 Mei , 2007[1], bandar berkenaan mempunyai populasi 147,437, yang menjadikannya populasi ketiga terbanyak di Thailand.

Bandar ini dikenali sebagai Khorat or Korat (Thai: โคราช) oleh masyarakat Thai, merupakan nama pendek bagi nama lama Korakapura.[perlu rujukan] Ia terletak di pinggir barat Dataran Khorat dan secara sejarahnya menandakan sempadan di antara Lao dan wilayah Siam, bagaimanapun sekarang ia dianggap pintu masuk ke Timur-laut (Isan). Ianya juga merupakan ibu kota wilayah Nakhon Ratchasima dan daerah Nakhon Ratchasima. Nakhon Ratchasima juga adalah pusat kawasan metropolitan Nakhon Ratchasima.

Lokasi geografinya adalah 14°58.5′N 102°6′EKoordinat: 14°58.5′N 102°6′E.

Rujukan[sunting | sunting sumber]