Chartreux

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chartreux
Asal usul Perancis
Piawaian baka
TICA (Piawaian)
FIFe (Piawaian)
CFA (Piawaian)
ACF (Piawaian)
CCA (Piawaian)
AACE (Piawaian)
ACFA/CAA (Piawaian)
Kucing bela jinak (Felis catus)

Chartreux (Sebutan bahasa Melayu: [ʃarˈtre]; Sebutan bahasa Perancis: [ʃaʁtʁø]) ialah satu baka kucing bela jinak dari Perancis dan diiktiraf oleh sebilangan pejabat pendaftaran di seluruh dunia. Ia tidak diiktiraf oleh GCCF di United Kingdom, kononnya kerana terlalu serupa dengan kucing bulu pendek British, yang salah satu daripada warnanya merupakan biru-kelabu serupa. Chartreux adalah besar dan berotot, dengan anggota bertulang ringan dan agak pendek, dan refleks sangat pantas. Ia dikenali kerana bulu dua lapis pendek kedap air biru (kelabu)-nya yang kerap bertekstur sedikit kelampinan (kerap menunjukkan "putus-putus" seperti kulit biri-biri) dan mata berwarna jingga atau tembaga. Chartreux juga dikenali kerana "senyumannya": oleh sebab struktur kepalanya dan muncung menirusnya, ia kerap kelihatan senyum. Chartreux merupakan pemburu menakjubkan dan sangat dihargai oleh peladang.

Seperti untuk setiap kucing Perancis dengan pedigri, huruf pertama nama rasmi chartreux mengekodkan tahun kelahirannya.[1] Semua chartreux yang lahir pada tahun sama mempunyai nama rasmi bermula dengan huruf sama. Huruf kod berputar melalui abjad setiap tahun, meninggalkan huruf-huruf K, Q, W, X, Y, dan Z. Contohnya, seekor chartreux yang lahir pada 2011 patut mempunyai nama rasmi yang bermula dengan huruf G.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "One Year, A Letter". LOOF: Livre Officiel des Origines Felines (dalam bahasa Perancis). 2014. Dicapai pada 30 Oktober 2014.

Sastera[sunting | sunting sumber]

Fogle, Bruce (2001). The New Encyclopedia of the Cat. New York: DK Publishing Inc [Dorling Kindersley]. ISBN 0-7894-8021-2.

Siegal, Mordecai (1997). The breeds. Chapter 2 in The Cornell Book of Cats: A Comprehensive and Authoritative Medical Reference for Every Cat and Kitten. Edisi kedua. Disunting oleh Mordecai Siegal. Villard:New York. ISBN 978-0-679-44953-9.

Simonnet, Jean (1990). The Chartreux Cat. Diterjemahkan oleh Jerome M. Auerbach. Paris: Synchro Company. ISBN 978-2-9506009-0-5. (Halaman ISBNdb.com Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine buku ini menyenaraikan "Auerbach Pub Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine" sebagai penerbit, tetapi buku ini sendiri memberikan "Synchro Company, Paris" pada satu halaman tidak bernombor serta-merta ikutan halaman 190.)

Helgren, J. Anne (1997). Encyclopedia of Cat Breeds. Barron's Educational Series. ISBN 978-0-7641-5067-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kucing bela jinak