Kelawar mega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cecadu)

Kelawar mega
Spesies kelawar mega bagi subkeluarga berbeza; dari atas-kiri, arah jam: cecadu Siam, keluang India, cecadu kuning jerami, cecadu Mesir.
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Chiroptera
Suborder: Yinpterochiroptera
Keluarga: Pteropodidae
Gray, 1821
Genus jenis
Pteropus
Brisson, 1762
Subkeluarga
Taburan kelawar mega
Sinonim

Pteropidae (Gray, 1821)[1]
Pteropodina C. L. Bonaparte, 1837[1]

Kelawar mega (Inggeris: megabat) membentuk keluarga Pteropodidae bagi order Chiroptera (kelawar). Ia turut dipanggil cecadu, kelawar buah, atau—khusus buat genus Acerodon dan Pteropuskeluang. Ia satu-satunya ahli superkeluarga Pteropodoidea, yang merupakan satu daripada dua superkeluarga dalam suborder Yinpterochiroptera. Pembahagian dalaman Pteropodidae berubah-ubah sejak subkeluarga diperkenalkan julung kali pada 1917. Daripada tiga subkeluarga dalam pengelasan pada 1917, enam sekarang telah diakui, bersama-sama dengan beberapa suku. Setakat 2018, 197 spesies kelawar mega telah digambarkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b McKenna, M. C.; Bell, S. K. (1997). Classification of mammals: above the species level. Columbia University Press. m/s. 296. ISBN 9780231528535.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]