Celoret

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Celoret atau juga dikenali sebagai Arit atau Celurit merupakan sejenis senjata tajam yang terbuat dari besi biasa. Fungsinya seperti parang tetapi melengkung seperti sabit.

Celoret juga merupakan senjata khas orang Madura dan digunakan sebagai salah satu senjata pertempuran.

Celoret memiliki bentuk melengkung seperti sabit dan digunakan sebagai senjata melibas dan mengelar. Ia dikatakan pernah digunakan sebagai senjata bagi menentang penjajah Belanda suatu masa dahulu. Oleh kerana bentuknya yang melengkung, ia biasanya digunakan bagi serangan jarak dekat dan secara mengejut.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Celoret boleh dianggap sebagai senjata merbahaya dan masih sering digunakan secara meluas dalam kes rompakan[1], [2] dan kes pembunuhan[3], [4] di Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]