Cemamar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cemamar
Buah dan dedaun Micromelum minutum
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Keluarga: Rutaceae
Genus: Micromelum
Spesies:
M. minutum
Nama binomial
Micromelum minutum
Sinonim[1]
Senarai
    • Glycosmis subvelutina F.Muell.
    • Limonia minuta G.Forst.
    • Micromelum glabrescens Benth.
    • Micromelum minutum var. glabrescens (Benth.) Hochr.
    • Micromelum minutum (G.Forst.) Wight & Arn. var. minutum
    • Micromelum pubescens Blume
    • Micromelum pubescens var. glabrescens (Benth.) Oliv.
    • Micromelum pubescens Blume var. pubescens

Cemumar, seneru, semeru, atau cecerek ialah spesies pokok kecil atau semak dalam keluarga limau, Rutaceae. Ia ditemukan dari India dan Indochina ke Australia. Pucuk muda dan bunganya boleh dibuat ulam; rasanya lemak, sedikit kelat dan wangi.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Ia ialah tumbuhan renek saka, sederhana besar dan jarang tumbuh melebihi tinggi 3 m walaupun ada yang dilaporkan telah tumbuh tinggi sehingga 20 m. Batangnya berwarna coklat muda. Diameter batang berukuran 15 cm. Batang dan tangkai daun pula berbulu halus. Daunnya jenis majmuk pinat, susunan berpilin, tangkai daun sederhana panjang mempunyai 9-15 helai anak daun yang berbentuk bujur dengan hujung menirus, pangkal yang menyerong sedikit, tepi beralun, pucuk muda berwarna kemerahan. Bunga majmuk, kecil, berwarna putih kehijauan, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan. Buah jenis beri, berbentuk bujur membulat atau bujur memanjang.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Pucuk cemamar mengandungi air, karbohidrat, zink, serat, karbazol, alkaloid, mineral, dan vitamin A, C dan E.[perlu rujukan]

Pucuk daun muda digunakan bagi merawat lemah tenaga batin, melancarkan peredaran darah, kolestrol tinggi, badan berangin, badan kesejukan, lemah badan, rawatan ibu selepas bersalin, pelbagai penyakit kulit, dan leukemia.[perlu rujukan] Bagi orang berpenyakit darah tinggi tidak digalakkan memakan cemamar kerana ia bersifat panas dan boleh menyebabkan rasa pening kepada pesakit tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Micromelum minutum". Australian Plant Census. Dicapai pada 28 Julai 2020.