Centurio

Pegawai tentera Romawi centurio (disebut [kɛn̪ˈt̪ʊrioː] diakar bahasa Latin centum "seratus";[1] tertulis dalam Alkitab Kristian sebagai Yunani: ἑκατόνταρχος hekatóntarkhos[2]) menghulu sepasukan 100 orang askar (centuria)[3] termasuk sekitar 80 askar kalangan rakyat jelata (legionarius) dan 20 hamba suruhan.[8] tetapi perwira senior memerintahkan cohors atau berkedudukan kanan dalam legio pimpinan mereka. Pangkat ini ditubuhkan berikutan pembaharuan laksanaan pemerintahan Gaius Marius terhadap Republik Rom pada 107 SM dan turut dilanjutkan kepada angkatan laut sediada zaman itu.
Mereka dipertanggungjawabkan ke atas pelatihan dan penjagaan disiplin para legionarius pimpinan mereka, mereka turut dikenali melaksanakan hukuman keras ke atas sesiapa sahaja yang melanggar peraturan. Askar-askar berpangkat sebegini digaji lebih tinggi daripada anggota legio yang biasa.[9] Veteran-veteran sering bekerja sebagai penyewa bekas pasukan sepangkat mereka.[10]
Jawatan ini diteruskan Empayar Byzantium di bawah nama kentarkhos (bahasa Yunani: κένταρχος).[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "centum". K. Prent, J. Adisubrata, W. J. S. Poerwadarminta (1969). Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 126.
- ↑ "1543. hekatontarchés or hekatontarchos". Bible Hub.
- ↑ "centŭria, -ae". Ibid. (1969). m/s. 126. "pasukan terdiri dari seratus orang"
- 1 2 New College Latin Dictionary
- ↑ The Roman Legions
- ↑ The Complete Roman Army
- ↑ The Roman War Machine
- ↑ The centuries (centuriae) commanded by the centurion theoretically derive from centum ("hundred"),[4] but that connection is now disputed.[5][6][7] It certainly meant "company" or "tribe".[4]
- ↑ Earl S. Johnson, Jr., "Centurion," The New Interpreter's Dictionary of the Bible, Vol. 1; Nashville: Abingdon Press, 2006, p. 580. ISBN 9780687054275
- ↑ Rich, John. "Military Organization and Social Change." War and Society in the Roman World. Ed. Graham Shipley. Vol. 5. N.p.: n.p., 1993. N. pag. Print. Leicester-Notthingham Studies in Ancient Society
- ↑ Kazhdan, Alexander, penyunting (1991). Oxford Dictionary of Byzantium. Oxford University Press. m/s. 1120–1121. ISBN 978-0-19-504652-6.