Intaglio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cetakan Intaglio)
Jump to navigation Jump to search
Lekukan terukir atau terukir pada plat percetakan rata. Mungkin tidak berskala: alur selebar kurang dari satu milimeter.
Plat dilitupi dengan dakwat.
Tinta atau dakwat dilap dari permukaan plat, tetapi tetap berada di alur.
Kertas diletakkan di atas plat dan dimampatkan, seperti menggunakan penggelek berat.
Kertas dikeluarkan, dan tinta telah dipindahkan dari plat ke kertas.

Intaglio (serapan bahasa Itali disebut [inˈtaʎʎo], sebutan terdekat: [in.tal.lio]), cetak benam atau cetakan benaman,[1] cetak dalam[2] atau ukir benam[3] adalah teknik pencetakan dan pembuatan cetakan di mana sesebuah gambaran itu disisipkan pada permukaan bergaris tergores atau mencekung yang dibubuh dakwat,[4] Hal ini berlawanan langsung dari cetak timbul di mana bahagian matriks menghasilkan gambar berada di atas permukaan utama. Biasanya, kepingan plat timah atau pada masa kini zink digunakan sebagai permukaan atau matriks, dan insisi dibuat oleh goresan, ukiran, turis kering, akuatin atau mezotin, selalunya digabungkan semua.[5] Kolograf juga boleh dicetak sebagai plat intaglio.[6]

Teknik ini lebih dilazimkan dalam kedua-dua pembuatan seni artistik serta kebanyakan jenis ilustrasi dan cetakan popularmenggantikan teknik cetakan utama potongan kayu sekitar tahun 1550 sehingga pertengahan abad ke-19.

Cara-cara[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana litografi, ia menggunakan hubungan kepingan lengkap ("full-plate") —tetapi tidak bergantung kepada air bagi mengekalkan dakwat setempat, ia menggunakan liang, ukiran, atau alur pada kepingan logam (atau silinder) bagi menyimpan dakwat. Selepas dakwat dilumur, kepingan cetak dilap bagi menyingkir lebihan dakwat dari permukaan kepingan cetak. Kertas kemudian dikenakan tekanan yang kuat bagi menolaknya kedalam liang, memindahkan dakwat di mana ia bersentuhan. Salah satu kesan sampingan cetakan intaglio adalah permukaan berdakwat timbul sedikit pada bahagian hadapan dan lekuk di belakang; bergantung kepada jenis kertas dan dakwat yang digunakan, ini mampu memberikan cetakan intaglio tekstrur yang unik. Variasi cetakan intaglio dikenali sebagai gravure mempelbagai kedalaman bagi memberikan kepelbagaian tona; Alur yang lebih dalam mampu menyimpan lebih banyak dakwat dan dengan itu menghasilkan warna yang lebih gelap. Tekanan yang amat kuat ini menjadikan dakwat tersebut sebagai sebahagian dari struktur kertas itu sendiri.

Kos mesin cetak Intaglio mampu mencecah sepuluh kali ganda berbanding mesin cetak offset (offset presses), dan kepingan pencetak intaglio mampu mencecah beratus kali ganda berbanding kepingan yang sama bagi mesin cetak offset; itu sebabnya yang terkemudian lebih popular. Tetapi cetakan intaglio mempunyai kelebihan yang penting. Salah satunya, kepingan cetak mempunyai tempoh hayat yang amat tinggi; berjuta cetakan boleh dilakukan boleh dihasilkan sebelum kualiti imej merosot. Selain itu cetakan intaglio mampu mencapai tahap perincian yang amat tinggi.

Penggunaan terkini[sunting | sunting sumber]

Sifat cetakan menggunakan cara ini yang menghasilkan permukaan timbul diingini sebagai pilihan terbaik dalam mencetak mata wang, pasport, dan dokumen keselamatan tinggi yang lain. Hampir kesemua matawang dalam dunia ini dicetak palin kurang sebahagian darinya menggunakan intaglio, kerana gambaran berlainan dan teksturnya menjadikan pengesanan mata wang palsu kekurangan ciri ini lebih mudah. Aspek ini juga sukar ditiru pencetakan moden sedia ada seperti pencetak laser dan pencetak jet dakwat.

Galeri contoh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cetakan benaman" paling lazim dalami sekolah-sekolah Malaysia, rujuk buku Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2 disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia
  2. ^ Istilah dipakai sesetengah kawasan tuturan Melayu di Indonesia
  3. ^ intaglio Definisi: ukir benamselanjutnya di PRPM
  4. ^ Strauss, Victor (1967). The printing industry: an introduction to its many branches, processes, and products. Washington: Printing Industries of America. ISBN 0835202720.
  5. ^ Mustalish, Rachel (2003). "Printmaking Techniques of the WPA Printmakers". Dalam Lisa Mintz Messinger (penyunting). African American Artists, 1929–1945: Prints, Drawings and Paintings in the Metropolitan of Museum of Art (Metropolitan Museum of Art). Yale University Press. halaman 86–88. ISBN 0300098774.
  6. ^ Mueller White, Lucy (2002). "Intaglio Processes". Printmaking as Therapy: Frameworks for Freedom. Jessica Kingsley. halaman 108–109. ISBN 1843107082.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Takrifan kamus intaglio di Wikikamus
  • Kategori berkenaan Intaglio di Wikimedia Commons

Templat:Writing