Cha In-ha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cha In-ha
차인하
Kelahiran
Lee Jae-ho

(1992-07-15)15 Julai 1992
Meninggal dunia3 Disember 2019(2019-12-03) (umur 27)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2017–2019
EjenFantagio

Lee Jae-ho (Hangul: 이재호) dikenali dengan nama samaran Cha In-ha (Hangul: 차인하), (lahir 15 Julai 1992 – meninggal 3 Disember 2019 pada umur 27 tahun)[1] [2] merupakan seorang pelakon dan penyanyi berasal dari Korea Selatan.[3] Dia dikenali melalui drama The Banker, Clean with Passion for Now, dan Love with Flaws. Dia juga merupakan bekas anggota kumpulan muzik Surprise U dibawah label Fantagio.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Cha In-ha lahir dengan nama Lee Jae-ho pada 15 Julai 1992.[4] Dia memulakan kerjayanya sebagai anggota kumpulan muzik Surprise U pada tahun 2017.[5] Dia juga membintangi filem pendek bertajuk You, Deep Inside of Me.[5] Dia berperanan sebagai Hwang Jae-min dalam drama Clean with Passion for Now.[6] Selain itu, In-ha muncul dalam drama Are You Human Too? dan Temperature of Love.[5] Dalam masa kematiannya, dia masih berperanan dalam drama Love with Flaws sebagai Joo Won-seok.[7]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Cha In-ha meninggal dunia pada 3 Disember 2019[8] dengan penyebab yang masih belum diketahui.[9] Dia ditemui telah meninggal dunia oleh pengurusnya di rumahnya.[10][11] Agen In-ha, Fantagio, meminta agar tidak menyebarkan "khabar angin dan laporan spekulasi" yang melibatkan kematiannya bagi menghormati keluarganya dan mereka telah menyatakan bahawa pengebumiannya dilakukan secara tertutup.[12] Pihak polis menyatakan bahawa Cha In-ha tidak meninggalkan sebarang "pesanan terakhir" dan pihak keluarga meminta untuk tidak dilakukan tindakan bedah siasat.[12]

The New York Times, The Guardian, dan Deadline Hollywood telah melakukan perbandingan kematiannya dengan kematian Sulli dan Goo Ha-ra dimana kedua-duanya meninggal dunia pada usia muda dalam tempoh waktu dua bulan sebelum kematian In-ha.[4][13][8] The Korea Times melaporkan mengenai kebimbangan terhadap kejadian peniruan bunuh diri yang semakin meningkat.[14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SURPRISE U actor Cha In Ha found dead, police investigating cause".
  2. ^ "Fantagio Rookie Actor Cha In Ha Found Dead".
  3. ^ "Cha In-ha (차인하)".
  4. ^ a b c d e Bakare, Lanre (December 3, 2019). "South Korean pop star and actor Cha In Ha found dead aged 27" – melalui www.theguardian.com.
  5. ^ a b c d e f "3 things to know about Cha In-ha, the latest Korean celebrity casualty". South China Morning Post. December 4, 2019.
  6. ^ "'일뜨청' 김민규x학진x차인하, 순수·반항美·무한긍정까지 3人3色 매력". entertain.naver.com.
  7. ^ "'하자있는 인간들' 오연서, 꽃미남 혐오증에 걸린 건 오빠·동생 탓?! 美친 비주얼 4남매!". MBC 연예. November 21, 2019.
  8. ^ a b c Grater, Tom (December 3, 2019). "Cha In-ha Dies: Korean Actor Found Dead At Age 27".
  9. ^ McCarthy, Tyler (December 3, 2019). "Korean actor Cha In Ha found dead in his home at 27". Fox News.
  10. ^ "Korean actor Cha In-ha dies aged 27". December 4, 2019 – melalui www.bbc.com.
  11. ^ https://www.cbc.ca/news/entertainment/cha-in-ha-death-1.5383637
  12. ^ a b "Korean police will not request for post mortem on actor Cha In-ha". sg.news.yahoo.com.
  13. ^ Murphy, Heather (December 3, 2019). "Cha In-ha Becomes Third Young Korean Entertainer to Die in Two Months" – melalui NYTimes.com.
  14. ^ "Rookie actor Cha In-ha's suicide raises concern of 'Werther effect'". koreatimes. December 4, 2019.
  15. ^ "Cha In-ha, Korean Actor, Reportedly Dead at 27". www.yahoo.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]