The Guardian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"The Guardian" dilencongkan ke sini. Untuk media dan cetakan yang turut diberi nama sedemikian, sila lihat The Guardian (nyahkekaburan).
The Guardian
The Guardian 2018.svg
JenisAkhbar harian
FormatBroadsheet (1821–2005)
Berliner (2005–2018)
Tabloid (sejak 2018)
Diasaskan5 Mei 1821; 198 tahun yang lalu (1821-05-05) (as The Manchester Guardian, dinamakan semula sebagai The Guardian pada tahun 1959)
Pemihakan politikTengah kiri[1][2]
Bahasabahasa Inggeris
Ibu pejabatKings Place, London
NegaraUnited Kingdom
Edaran136,834 (pada November 2018)[3]
Akhbar saudaraThe Observer
The Guardian Weekly
PemilikGuardian Media Group
PengasasJohn Edward Taylor
PenerbitGuardian Media Group
PenyuntingKatharine Viner
ISSN0261-3077
Nombor OCLC60623878
Laman sesawangTheGuardian.com
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

The Guardian ("Pelindung") ialah sebuah akhbar harian United Kingdom. Ia mula terbit pada tahun 1821 dengan nama The Manchester Guardian sehingga mendapat nama terkenal ia pada tahun 1959. Ia dan The Observer adalah sebahagian daripada Guardian Media Group milik Scott Trust - yayasan ini ditubuhkan pada 1936 untuk "menjamin kebebasan kewangan dan redaksi The Guardian untuk selama-lamanya" serta menjaga kebebasan kewartawanan dan nilai-nilai liberal The Guardian daripada campur tangan komersial dan politik".[4]

Akhbar ini ditubuhkan pada 1821 sebagai The Manchester Guardian di Manchester oleh John Edward Taylor, seorang saudagar kapas dengan bantuan kewangan oleh segolongan peniaga berfahaman tidak konformis diberi jolokan "Little Circle";[5] ia dibuka berikutan tindak balas daripada suatu peristiwa dahsyat di Dataran St. Peter, Manchester di mana ratusan penunjuk perasaan yang menuntut reformasi Parlimen di tempat berkenaan diserang pengawal berkuda diraja sehingga 18 orang maut. Salah satu akhbar di kota tersebut, Manchester Observer, begitu menonjol dalam sokongan radikalnya terhadap perjuangan para penunjuk perasaan tersebut; pihak polis memaksa penghentian penerbitan akhbar ini dan akhbar Guardian dibuka Taylor sebagai tindak balas penutupan ini.[6] Nama ia ditukar kepada nama terkini pada 24 Ogos 1959 sebagai mencerminkan penumpuan menggiat liputan ia terhadap ehwal dalam dan luar negeri oleh akhbar tersebut.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Amie Tsang (15 January 2018). "The Guardian, Britain's Left-Wing News Power, Goes Tabloid". New York Times. Dicapai 24 January 2019. 
  2. ^ "The politics of UK newspapers". BBC News. 30 September 2009. Dicapai 24 January 2019. 
  3. ^ "The Guardian", ABC, November 2018.
  4. ^ The Scott Trust: values and history, teks asal: "to secure the financial and editorial independence of the Guardian in perpetuity and to safeguard the journalistic freedom and liberal values of the Guardian free from commercial or political interference"
  5. ^ Wainwright, Martin (13 Ogos 2007). "Battle for the memory of Peterloo: Campaigners demand fitting tribute". The Guardian. London. Dicapai 26 Mac 2008. 
  6. ^ Editorial (4 Mei 2011). "The Manchester Guardian, born 5 May 1821: 190 years – work in progress". The Guardian. 
  7. ^ "Key moments in the Guardian's history: a timeline". The Guardian. 16 November 2017. Dicapai 3 April 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]