Chagurin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chagurin
KategoriManga, kanak-kanak
KekerapanBulanan
Tahun ditubuhkan1964
SyarikatFamily Light Association
NegaraJepun
Bertapak diTokyo
BahasaJepun
Laman webChagurin Laman web rasmi

Chagurin (Jepun: ちゃぐりん) merupakan sebuah majalah untuk kanak-kanak. Majalah ini diterbitkan oleh "Family Light Association" (家の光協会 Ie no Hikari Kyōkai) di Jepun. Majalah ini pernah diterbitkan dengan nama Kodomo no Hikari (こどもの光) yang bermaksud "cahaya kanak-kanak".

Sejarah dan profil[sunting | sunting sumber]

Majalah ini memulakan penerbitannya dengan nama Kodomo no Hikari ("Cahaya kanak-kanak") pada tahun 1964. Kos penerbitan majalah ini dibiayai sepenuhnya oleh Kesatuan Pusat Koperasi Pertanian (Central Union of Agricultural Cooperatives). [1] Majalah ini diterbitkan secara bulanan. [2]

Pada Ogos tahun 1993 tajuk majalah itu ditukar kepada nama Chagurin. Objektif penerbitan majalah ini adalah untuk mendidik ahli muda Koperasi Pertanian Jepun (atau "JA") dan generasi kanak-kanak akan datang. Majalah ini sukar didapati di kedai-kedai buku biasa di Jepun, kerana majalah ini dijual di pejabat JA. Ia boleh dibeli di mana-mana pejabat JA tempatan. Kanak-kanak boleh menghantar artikel atau gambar kepada majalah untuk diterbitkan dan terdapat garis panduan penyerahan bahan yang jelas untuk anak-anak pembaca majalah boleh didapati di mana-mana pejabat JA. Kandungan Chagurin bertujuan untuk menjadi serupa dengan majalah pendidikan yang diterbitkan oleh Shogakukan sehingga 1960-an, dan telah menerima rekomendasi daripada pihak PIBG Kebangsaan Jepun.

Seperti majalah kanak-kanak yang lain, terdapat pelbagai manga untuk kanak-kanak juga diterbitkan di dalam majalah ini. Walau bagaimanapun, manga yang ditemui dalam Chagurin cenderung untuk bacaan umu, tidak mempunyai unsur kontroversi, dan tidak dikumpulkan dalam format tankōbon ( Doraemon dan Kiteretsu Daihyakka adalah pengecualian).


Maklumat di muka kulit majalah

Majalah ini memaparkan maklumat di bahagian kulit majalahnya. Maklumat yang dipaparkan adalah mengikut tema yang diubah selepas suatu ketika. Berikut merupakan antara tema yang pernah dipaparkan di muka kulit majalah Chagurin:

  • Isu 1998 - Kami adalah Penduduk Bumi Hidup dalam harmoni dengan bumi
    • Sudut ini memperkenalkan langkah balas, kesan dan punca pelbagai masalah alam sekitar. Ia adalah sudut yang sama dengan laporan persekitaran global di bawah.
  • Isu 2002 - Apa yang akan berlaku dengan komputer!? Kehidupan pada masa hadapan
    • Sudut yang meramalkan kehidupan dengan peti sejuk, kereta dan sistem keselamatan canggih.
  • Isu 2003 - Selamat Datang ke Dunia Peribahasa Haiwan!
    • Sudut yang memperkenalkan peribahasa tentang satu jenis haiwan setiap bulan.
  • Isu 2005 - Mari cari apa yang anda suka! Pekerjaan Masa Depan Anda
    • Sudut yang memperkenalkan pekerjaan-perkejaan biasa kepada kanak-kanak.
  • Isu 2009 - Nombor satu di Jepun!
    • Sudut yang memperkenalkan "Benda yang No.1" di Jepun. Terdapat pelbagai genre seperti alam semula jadi dan bangunan.
  • Isu 2010 - Perayaan Jepun
    • Sudut yang memperkenalkan pelbagai perayaan di seluruh Jepun.
  • Isu 2011 - Jelajah Masakan Tempatan Seluruh Negara
    • Sudut yang memperkenalkan masakan tempatan dari seluruh Jepun.
  • Isu 2012 - Mari mengenali tentang makanan tengah hari sekolah!
    • Sudut yang memperkenalkan sejarah makan tengah hari sekolah di Jepun.


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arudou, Debito, "Child’s quibble with U.S. ‘poverty superpower’ propaganda unravels a sobering story about insular Japan", Japan Times, 5 March 2013, p. 13
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan iru tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]