Doraemon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai francais media. Untuk watak, sila lihat Doraemon (watak). Untuk Kegunaan lain, sila lihat Doraemon (nyahkekaburan).
Doraemon
ドラえもん
Genre Komedi, Fiksyen sains
Manga
Pengarang Fujiko F. Fujio
Penerbit Shogakukan
Penerbit Lain Malaysia Tora Aman
Amerika Syarikat Kanada Fujiko Pro
Singapura Shogakukan
Demografik Kodomo
Majalah Asal (terdapat pada majalah kanak-kanak Shogakukan)
Tarikh Pengeluaran 15 Disember 196923 Jun 1996
Jilid 45 (Senarai jilid-jilid)
Siri anime televisyen
Kerja-kerja berkaitan
Portal Anime dan Manga

Doraemon (Bahasa Jepun: ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun yang dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio. Semasa kemunculan julung kalinya pada Disember 1969, siri ini diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) telah menghasilkan sebanyak 45 buah tankōbon. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual.

Ringkasan cerita[sunting | sunting sumber]

Siri mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Nobita Nobi seorang yang pemalas, kurang aktif sukan, kurang bijak dan selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. Tiba-tiba muncul sebuah robot berbentuk kucing dari abad ke-22 bernama Doraemon datang untuk membantu Nobita dalam kesusahan dan menyelamatkan masa depannya. Doraemon mempunyai poket empat dimensi boleh simpan peralatan dari masa depan. Peralatan yang selalu digunakan iaitu "takecopter" dipasang dikepala membolehkan seseorang itu terbang, "pintu ke mana sahaja" boleh membawa seseorang tempat ditujui.

Nobita mempunyai kawan rapat dari kecil bernama Shizuka Minamoto, mula menjatuh cinta kepada Shizuka. Nobita juga mempunyai kawan yang selalu membulinya iaitu Takeshi Goda (nama samaran "Giant") dan Suneo Honekawa. Selalu jalan cerita menyisahkan Doraemon mengeluarkan salah satu peralatan untuk Nobita, tetapi Nobita menyalahgunakan peralatan tersebut menyebabkan menimbul pelbagai masalah dan bencana.

Watak[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Senarai watak Doraemon

Media[sunting | sunting sumber]

Manga[sunting | sunting sumber]

Siri manga dihasilkan oleh Fujiko F. Fujio. Semasa kemunculan julung kalinya pada Disember 1969, siri ini diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (てんとう虫) telah menghasilkan sebanyak 45 buah tankōbon. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual. Siri ini menyasarkan peminat golongan kanak-kanak dari tadika sehingga pelajar sekolah rendah. Pada tahun 1977, majalah CoroCoro Comic mula diterbitkan dan keluaran mingguan siri Doraemon dikeluarkan dalam majalah tersebut. [1]

Anime[sunting | sunting sumber]

Siri adaptasi anime pertama Doraemon dihasilkan oleh TMS Entertainment mula ditayangkan pada 1 April sehingga 30 September 1973 di saluran Nippon TV sebanyak 25 buah episod. Selepas siri ini tamat, siri ini membuat tayangan semula pada minggu seterusnya sehingga tahun 1979.

Siri adaptasi anime kedua Doraemon dihasilkan oleh Shin-Ei Animation mula ditayangkan pada 2 April 1979 sehingga 18 Mac 2005 di saluran TV Asahi. Siri telah ditayangkan sebanyak 1787 buah episod dijadikan sebagai salah satu anime mempuyai paling banyak episod di Jepun.

Siri adaptasi anime ketiga Doraemon dihasilkan oleh Shin-Ei Animation dan Asatsu-DK mula ditayangkan pada 15 April 2005 sehingga kini di saluran TV Asahi. Siri telah ditayangkan melebihi 800 buah episod dijadikan sebagai salah satu anime mempuyai paling banyak episod di Jepun. Siri ini menggantikan siri sebelumnya dan menaik taraf grafik watak serta pengedaran masa.[2]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Senarai filem Doraemon

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Persembahan muzikal[sunting | sunting sumber]

Doraemon di luar Jepun[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Komik Doraemon terjemahan Bahasa Malaysia rasmi diterbitkan oleh syarikat Tora Aman yang juga menerbitkan komik ini dalam versi Bahasa Cina tetapi syarikat Tora Aman berhenti operasi semata-mata pada akhir April 2017. Anime Doraemon juga disiarkan dengan alih suara Malaysia yang menampilkan Ruhaiyah Ibrahim[3] sebagai pelakon suara watak Doraemon yang bersuara garau dan lantang. Di Malaysia, siri Doraemon mula-mula disiarkan menerusi di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada jam 7:00 malam setiap hari Ahad dan menghentikan siaran Doraemon pada 29 Disember 2002 dan berpindah ke NTV7 pada 5 Januari 2003 (hari Sabtu jam 7:30 malam). Siri anime telah lama disiarkan di Malaysia di rangkaian RTM sejak tahun 1988. Anime Doraemon juga boleh didapati dalam bentuk VCD dengan disertakan alih suara Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina. Speedy Video dinamakan sebagai pengedar eksklusif VCD dan DVD Doraemon sejak tahun 2003.

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Doraemon merupakan salah satu animasi popular di Indonesia. Siri manga diterbikan oleh Elex Media Komputindo telah mengeluarkan beberapa siri manga Doraemon iaitu Doraemon, Seri Peralatan Ajaib Doraemon, Doraemon Petualangan, Cerita Spesial Doraemon, Seri Ekspedisi Doraemon, Belajar Menghitung bersama Doraemon, Dorabase, The Doraemons dan Doraemon Comic Quiz. Siri anime mula ditanyangkan pada 13 November 1988 sehingga kini di siaran RCTI dan juga bersiaran di SCTV Surabaya pada tahun 1990 sehingga 1993.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ S. Yada, Jason. The Rough Guide to Manga. Rough Guides. pp. 114–115. ISBN 978-1-85828-561-0. 
  2. ^ "The all-new "Doraemon" premieres on TV Asahi with an hour-long special and more". The Japan Times. 10 April 2005. Dicapai pada 16 April 2016. 
  3. ^ KHADIJAH IBRAHIM (2005-07-14). "Suara-suara Doraemon, Nobita - SIAPA DIA". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-02-22. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]