Charles Adriaan van Ophuijsen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Charles Adriaan van Ophuijsen (1856 - 1917) ialah seorang ahli bahasa berkebangsaan Belanda yang gemar mempelajari bahasa berbagai-bagai suku di Hindia Belanda. Beliau bersama Engku Nawawi gelar Soetan Ma'moer dan Moehammad Taib Sutan Ibrahim menyusun ejaan baru untuk menggantikan ejaan bahasa Melayu pada tahun 1896. Pedoman tata bahasa yang kemudian dikenali sebagai Ejaan van Ophuijsen itu diiktiraf oleh pemerintah penjajah di Indonesia pada tahun 1901.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Solok, Sumatera Barat, van Ophuijsen pernah menjadi pemeriksa sekolah di maktab Bukittinggi, Sumatera Barat. Pada tahun 1879, beliau menerbitkan buku yang berjudul Kijkjes in Het Huiselijk Leven Volkdicht (Pengamatan Selintas Kehidupan Kekeluargaan Suku Batak).

Pada tahun 1904, von Ophuijse kemudian menjadi profesor ilmu bahasa dan kesusasteraan Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Selepas menerbitkan Kitab Loghat Melajoe, beliau kemudian menerbitkan Maleische Spraakkunst pada tahun 1910. Buku ini kemudian diterjemahkan oleh T.W. Kamil dengan judul Tata Bahasa Melayu dan menjadi panduan kepada para penutur bahasa Melayu di Indonesia.