Chow Kwai Lam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chow Kwai Lam
Maklumat peribadi
Nama penuh Chow Kwai Lam
Tarikh lahir 1942
Tempat lahir Malaysia
Posisi permainan Tengah
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
Selangor
Pasukan kebangsaan
1965 - 1971  Malaysia
Pasukan diurus
1978
1979-1983
1984
1987-1989
1990-1991
1992
1995-1998
2002-2003
2004-2005
Malaysia
Selangor
Sarawak
Kuala Lumpur
Malaysia B-23
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Tampines Rovers
Paya Lebar Punggol
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja . † Kemunculan (Gol).

Chow Kwai Lam merupakan bekas pemain bola sepak di Malaysia dan bekas ketua jurulatih pasukan Malaysia, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, pasukan bawah 23 tahun Malaysia dan kelab Singapura, Tampines Rovers dan Paya Lebar Punggol.

Kwai Lam merupakan jurulatih terkemuka ketika era-80 hingga awal 90-an. Dia membimbing pasukan Kuala Lumpur memenangi tiga kejuaraan Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut, satu kejuaraan liga, naib juara Piala FA Malaysia dan juara Piala Sumbangsih. Ketika mengendalikan Paya Lebar Punggol, Kwai Lam dikaitkan dengan skandal mengatur perlawanan.

Dia didapati bersalah dan didenda S$50,000 (RM114,000) atas kesalahannya menawarkan rasuah sejumlah S$200 (RM455) hingga S$300 (RM684), selain sejumlah tunai yang tidak dinyatakan kepada Zulkifli Zainolabidin yang merupakan penjaga gol utama kelab Paya Lebar Punggol.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kwai Lam didapati bersalah atur perlawanan Liga-S - Utusan Malaysia, 4 April 2007.
  2. ^ Kwai Lam didenda RM114,000 - Utusan Malaysia, 11 April 2007.