Cobra Gold 2008

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cobra Gold 2008 merupakan latihan tentera 5 negara di Korat, Thailand selama 2 minggu bermula 8 Mei 2008.Negara yang terlibat ialah Singapura, Thailand Indonesia bersama Markas Pasifik Amerika Syarikat (AS) dan Pasukan Pertahanan Diri Jepun . Fokus latihan ini ialah sokongan aman dan operasi pemindahan bukan-kombat. Asalnya siri latihan Cobra Gold ini hanya membabitkan negara Amerika Syarikat dan Thailand sahaja . Ketika itu Amerika terbabit dalam Perang Vietnam.

Pegawai pemerhati dari Malaysia, Cambodia, China, India, Laos, Nepal, Pakistan, Korea Selatan dan Vietnam dijemput menyaksikan latihan bersama itu..

Pasukan Bersenjata Singapura (SAF) menghantar 106 pegawai. SAF dijemput sebagai pemerhati Siri Latihan Cobra Gold sejak 1993.Kemudian SAF menyertai latihan penuh pada 2000. SAF terbabit menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kepada penduduk tempatan di Korat di bawah Program Bantuan Perubatan Awam (MEDCAP).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]