Columbia, Carolina Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Columbia, Carolina Selatan
Bandar Columbia
Jalan Lady di pusat bandar Congaree Vista yang bersejarah
Jalan Lady di pusat bandar Congaree Vista yang bersejarah
NegaraAmerika Syarikat
NegeriCarolina Selatan
Keluasan
 • Jumlah135 batu persegi (349 km2)
Ketinggian
292 ft (89 m)
Penduduk
(2010)
 • Jumlah129,272
 • Kepadatan978/batu persegi (377.5/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
Laman webhttps://www.columbiasc.net/

Columbia ialah ibu negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat dan bandarnya yang mempunyai jumalah penduduk ke-2 paling banyak dengan anggaran penduduk sebanyak 134309 pada tahun 2016.[1]

Antara ciri geografi yang lebih ketara di Columbia ialah garisan penurunan di sempadan antara kawasan tanah tinggi Piedmont dan penara pesisiran pantai Atlantic, yang ada sungai yang menurun sebagai air terjun. Berdasarkan bancian pada tahun 2010, terdapat 129272 penduduk, iaitu 52471 rumah tangga dan 22638 keluarga yang mendiami bandar ini. Columbia menikmati ekonomi yang beraneka, dan pemberi pekerjaan besar di kawasan ini ialah kerajaan negeri Carolina Selatan, sistem hospital Palmetto Health dan Universiti Carolina Selatan.

Antara tempat kesenian dan kebudayaan di sini ialah Teater Bandar, Teater Trustus, Teater Nickelodeon dan Columbia Marionette. Sukan yang paling terkenal di Columbia ialah program kesukanan di Universiti Carolina Selatan. Taman yang paling terkenal di kawasan ini ialah Taman Finlay yang menganjurkan hampir kesemua jenis kegiatan, termasuk sambutan, perhimpunan politik, perlumbaan jalanan dan perkhidmatan Easter Sunrise. Bandar Columbia mempunyai jenis kerajaan majlis-pengurus. Surat khabar harian di Columbia termasuk The State dan Cola Daily, manakala surat khabar alternatifnya termasuk Free Times, The Columbia Star, Surat Khabar Carolina Panorama dan Berita SC Black. Hospital The Sisters of Charity Providence ditaja Sistem Kesihatan Sisters of Charity of Saint Augustine (CSA).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Columbia city, South Carolina". Census Bureau. Census Bureau. Dicapai October 1, 2016.