Conducător

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Conducător (secara harfiah dalam Bahasa Romania, ialah "Pemimpin") adalah gelaran yang digunakan secara rasmi dalam dua keadaan oleh ahli politik Romania, dan lebih awal oleh Raja Carol II.

Perkataan ini berasal daripada kata kerja Romania iaitu a conduce, dari Bahasa Latin ducere ("memimpin"), seasal dengan gelaran seperti dux, duke, duce dan doge. Dalam bahasa Inggeris ia lebih tepat bermaksud conductor atau "pembimbing". Maksudnya juga sama dengan gelaran lain, seperti Führer di Jerman Nazi[1] dan caudillo di Sepanyol.

Ia pertama kali digunakan sebagai satu gelaran sampingan oleh Raja Carol II semasa tahun terakhir rejim Barisan Renaissance Nasional,[2] dan kemudian digunakan oleh Marsyal Ion Antonescu apabila beliau mula memegang kuasa diktator selepas 14 September 1940.[3] Secara nominal, Antonescu adalah Perdana Menteri dan peranan ketua negara telah diisi oleh Raja Michael, tetapi seluruh kuasa sebenar terletak pada Antonescu.[4] Menurut sejarawan Adrian Cioroianu, melalui penggunaan istilah tersebut, tujuan Antonescu ialah menyerlahkan hubungan dengan Jerman, dan selepas kejatuhan Pengawal Besi dari kerajaan kongsian (iaitu Negara Legionari Nasional), untuk rejim peribadinya sendiri.[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brady & Kaplan, p.176; Cioroianu, p.416; Jelavich, p.227; Kligman, p.291
  2. ^ a b Cioroianu, p.416
  3. ^ Brady & Kaplan, p.176; Butnaru, p.70; Chehabi & Linz, p.14; Cioroianu, p.416; Kligman, p.291
  4. ^ Butnaru, p.70; Jelavich, p.227

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • David Berry, The Romanian Mass Media and Cultural Development, Ashgate Publishing, Aldershot, 2004
  • Henry E. Brady, Cynthia S. Kaplan, "Eastern Europe and the Former Soviet Union", in David Butler, Austin Ranney, Referendums Around the World: The Growing Use of Direct Democracy, American Enterprise Institute, Washington D.C., 1994
  • Ion C. Butnaru, The Silent Holocaust: Romania and Its Jews, Praeger/Greenwood, Westport, 1992
  • Houchang Esfandiar Chehabi, Juan José Linz, Sultanistic Regimes, Johns Hopkins University Press, Baltimore, London, 1998
  • Adrian Cioroianu, Pe umerii lui Marx. O introducere în istoria comunismului românesc ("On the Shoulders of Marx. An Incursion into the History of Romanian Communism"), Editura Curtea Veche, Bucharest, 2005
  • Tom Gallagher, Theft of a Nation: Romania since Communism, C. Hurst & Co., London, 2005
  • Barbara Jelavich, History of the Balkans, Cambridge University Press, Cambridge, 1983
  • Gail Kligman, The Politics of Duplicity: Controlling Reproduction in Ceausescu's Romania, University of California Press, Berkely, Los Angeles, London, 1998
  • David Bruce MacDonald, Balkan Holocausts? Serbian and Croatian Victim-Centred Propaganda and the War in Yugoslavia, Manchester University Press, Manchester, New York 2002

Templat:Ketua Negara Romania