Duke
Duke (lelaki) atau duchess (perempuan) sama ada boleh menjadi pemerintah monarki ke atas duchy atau ahli bangsawan, dalam sejarah merupakan pangkat tertinggi di bawah monarki.
Semasa Zaman Pertengahan, gelaran (sebagai Herzog) dilambangkan kedudukan pertama di kalangan monarki Jermanik. Duke adalah pemerintah wilayah dan kedudukannya di atas count di bandar-bandar dan kemudian, dalam monarki feudal, pembesar yang paling tinggi kedudukan selepas raja. Duke mungkin atau mungkin tidak, ipso facto, ahli pembesar negara: di United Kingdom dan Sepanyol semua duke adalah bangsawan, di Perancis ada yang bangsawan dan ada yang tidak, manakala istilah ini tidak berkaitan kepada negara-negara lain, walaupun di mana sebuah institusi mempunyai kaum bangsawan yang serupa (contohnya, Grandeeship, Imperial Diet, Kerabat Magnates Hungary).
Semasa abad ke-19 banyak negeri-negeri Jerman dan Itali yang lebih kecil diperintah oleh Duke atau Grand Duke. Tetapi pada masa ini, dengan pengecualian Grand Duchy Luxembourg, tiada duke memerintah sebagai monarki. Duke masih mengekalkan gelaran keturunan tertinggi (selain dari gelaran yang diwarisi oleh dinasti pemerintahan atau pemerintahan sebelum ini) di Portugal (walaupun kini sebuah republik), Sepanyol, dan United Kingdom. Di Sweden, ahli-ahli kerabat diraja diberi pangkat duke peribadi ketika lahir. Paus, sebagai kedaulatan sementara, juga, walaupun jarang, memberikan gelaran Duke atau Duchess kepada orang atas perkhidmatanya kepada Holy See. Dalam beberapa kerajaan, status relatif "duke" dan "putera", sebagai gelaran dipegang oleh bangsawan dan bukan oleh anggota dinasti pemerintah, berbeza-beza—contohnya, di Itali dan Belanda.
Seorang wanita yang memegang sendiri haknya gelaran untuk menguasai duchy , atau adalah isteri seorang duke, biasanya digelar duchess. Ratu Elizabeth II, bagaimanapun, dikenali oleh tradisi sebagai Duke dari Normandy di Kepulauan Channel dan Duke dari Lancaster di Lancashire.
Peristilahan[sunting | sunting sumber]
Gelaran duke dan duchess ini berasal daripada Bahasa Perancis duc, yang sendiri daripada Latin dux, 'pemimpin', istilah yang digunakan dalam Rom republik untuk merujuk kepada seorang komander tentera tanpa pangkat rasmi (terutamanya salah seorang asal Jermanik atau Celtic), dan kemudian bermakna komander tentera utama wilayah. Gelaran ini turut mempunyai persamaannya dalam berbagai-bagai bahasa di Eropah
- bahasa Belanda: hertog [hér-tog], hertogin [hér-to-gin]
- bahasa Denmark hertug [hér-tug], hertuginde [hér-tu-gin-de]
- bahasa Itali: duca [du-ka], duchessa [du-cés-sa]
- bahasa Jerman: Herzog [hért-sog], Herzogin [hért-so-gin]
- bahasa Norway: hertug [hér-tug], hertuginne [hér-tu-gin-ne]
- bahasa Perancis: duc [duk], duchesse [du-syés]
- bahasa-bahasa Sepanyol dan Portugis: duque [du-ké], duquesa [du-ké-sa]
Zaman Pertengahan[sunting | sunting sumber]
Semasa Zaman Pertengahan, selepas kuasa Rom di Eropah Barat runtuh, gelaran itu masih digunakan dalam kerajaan Jermanik, biasanya merujuk kepada pemerintah wilayah Rom lama.
Catatan[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Chan, Wing-tsit, Chu Hsi New Studies. University of Hawaii Press: 1989. ISBN 978-0-8248-1201-0
- Crouch, David, The Normans (2002) ISBN 1-85285-387-5
- Hodgkin, Thomas. Italy and her Invaders. Clarendon Press: 1895.
- Lewis, Archibald R. "The Dukes in the Regnum Francorum, A.D. 550-751." Speculum, Vol. 51, No 3 (July 1976), pp 381–410.
- Stenton, Sir Frank M. Anglo-Saxon England Third Edition. Oxford University Press: 1971.
- Thompson, E. A. The Goths in Spain. Clarendon Press: Oxford, 1969.