Conrad Mojuntin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Datuk Conrad Mojuntin (6 Mac 1949-17 November 2021) alias Jomilon Mojuntin merupakan bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah semasa pemerintahan Parti Berjaya dari tahun 1982-1985 . Dalam pilihan raya 2004, di parlimen Penampang, Conrad ditentang oleh anak saudaranya Donald Peter Mojuntin yang mewakili BN. Mendiang Datuk Peter Mojuntin ialah abang Conrad Mojuntin dan bapa kepada Donald Mojuntin. [1]

Pilihan raya 2004[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 2004 ini, kawasan parlimen P174 Penampang mempunyai 32,832 . Conrad Majuntin (DAP) bertanding menentang Philip Lasimbang - BN , Elsie Solumin - Pasok dan Morris Miji - Bebas. Dalam pilihan raya 1999 , kawasan Penampang dimenangi oleh Philip Lasimbang dengan majoriti 3,320 undi.

Conrad juga bertanding dalam pilihan raya DUN N20 Moyog, Sabah atas parti (DAP). Conrad menentang Philip Lasimbang (BN), Elsie Cleftus Mojingol (Pasok) dan Moris @ Francis Miji (Bebas) tapi tewas.

Dipenjara[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Oktober 2005, Conrad dan 10 orang yang lain ditahan reman bagi membantu siasatan polis terhadap kes pembunuhan seorang remaja yang dikenali sebagai Anthony Chong Kim Fook, 20, di hadapan Perpustakaan Dongonggon, Penampang. Anthony Chong ditembak dengan senapang patah jenama Winchester selepas pertengkaran antara dua kumpulan pada jam 4 pagi 23 Oktober 2005 itu di pub Donggogon. Polis berjaya merampas senapang patah yang digunakan, kapak, pedang dan beberapa batang kayu. Ahli politik itu mempunyai lesen memiliki senapang patah tetapi tidak dapat mengesahkan siapa yang melepaskan tembakan. Chong ditemui berlumuran darah dalam kolam. Ketua Balai Polis Penampang, Steven Sondoh menyatakan 3 anak Conrad turut ditahan. Ketua Polis Sabah ,Datuk Mangsor Ismail menyatakan terdapat unsur pertengkaran dan pergaduhan antara dua kumpulan.[2][3]

Pada 20 Julai 2006, semasa perbicararan di mahkamah, operator telefon menerima panggilan dari seorang lelaki mendakwa ada sebutir bom di kawasan mahkamah dan mesti dikosongkan. Sepasukan anjing pengesan dan unit pemusnah bom tiba di mahkamah untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan tiada bom dan bangunan itu selamat.[4]

Mulanya pada 1 April 2008, Conrad dibebaskan oleh Majistret Zaini Fisher @ Faisal kerana pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan yang munasabah.

Pada 2 Januari 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Rahman Sebli di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan kerana kesalahan ugutan jenayah pada 23 Oktober 2005 jam 3.30 pagi. Conrad mengugut ahli perniagaan Doughty Disimon, 30, di luar SJD Cafe and Sports belakang Public Bank, Pekan Donggongon, Penampang, Sabah. Conrad (60 tahun) dan anak saudaranya, David Mojuntin, 44, didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara setiap seorang kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Chee Hee Fatt, 45, di tempat sama pada pukul 4 pagi 23 Oktober 2005. Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun. Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun.

Hakim membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dan menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin. Conrad diwakili oleh peguam Zahir Hussein Shah sementara Timbalan Pendakwa Raya ialah Salim Soib.[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 17 November 2021 akibat dari strok.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adik beradik jadi perhatian
  2. ^ Chong’s family cannot accept his death
  3. ^ "Murder motive talk of the town". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-01. Dicapai pada 2009-01-02.
  4. ^ Bekas Menteri Sabah Hadapi Tuduhan Cederakan Dua Lelaki
  5. ^ Bekas Menteri Sabah Dipenjara Enam Bulan
  6. ^ Vanar, Muguntan (17 November 2021). "Conrad Mojuntin, the man who steered Sabah sports, passes away at age 73" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 17 November 2021.