Pergi ke kandungan

Piala Raja Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Copa del Rey)
Campeonato de España–Copa de Su Majestad el Rey
Badan penganjuranPersekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol
Ditubuhkan1903
Kawasan Sepanyol
Jumlah pasukan126 buah
Layak keLiga Europa UEFA
Supercopa de España
Juara semasaReal Betis (menang kali ke-3)
Kelab paling berjayaBarcelona (31 gelaran)
Laman sesawangrfef.es (dalam bahasa Sepanyol)
Piala Raja Sepanyol 2022–23

Piala Raja Sepanyol (Sepanyol: Copa del Rey, "Piala Raja") merupakan sebuah acara pertandingan bola sepak tahunan bagi pasukan-pasukan bola sepak seluruh Sepanyol. Nama penuh acara ini adalah Campeonato de España - Copa de Su Majestad el Rey ("Kejuaraan Sepanyol - Piala Baginda Raja"), di mana ia juga dikenali sebagai La Copa.

Pertandingan ini bermula pada tahun 1903 yang menjadikannya pertandingan bola sepak tertua di Sepanyol. Pasukan yang memenangi piala ini biasanya akan mara ke Liga Europa UEFA; melainkan jika mereka juga layak untuk Liga Juara-Juara UEFA.

Pada tahun 1902, satu pertandingan di bawah nama Copa de la Coronación telah dilangsungkan setelah Carlos Padrós, bakal presiden Real Madrid, mencadangkan bahawa sebuah pertandingan bola sepak diadakan bagi meraikan pemahkotaan Raja Alfonso XIII. Empat pasukan lain turut bersama Madrid FC menyertai pertandingan ini iaitu Barcelona, Club Español de Foot-Ball, New Foot-Ball de Madrid dan Club Bizcaya (pasukan yang terdiri daripada pemain pasukan Athletic dan Bilbao FC) yang akhirnya dikalahkan Barcelona di akhir. Piala pertandingan ini dipamerkan di muzium Athletic Bilbao dengan kemenangan kelab tersebut dimasukkan dalam senarai penghormatannya. Namun, ia dianggap hanya sebagai pelopor Copa del Rey. Persekutuan Bola Sepak Sepanyol secara rasminya tidak mengiktiraf piala tersebut.[1][2]

Copa del Rey merupakan kejuaraan bola sepak tahap negara Sepanyol dari 1903[3] sehinggalah tertubuhnya Campeonato de Liga — Liga Kejuaraan — pada tahun 1928. Ia pada mulanya dikenali sebagai Copa del Ayuntamiento de Madrid (Piala Dewan Kota Madrid). Antara tahun 1905 dan 1932, ia dikenali sebagai Copa de Su Majestad El Rey Alfonso XIII (Piala Baginda Raja Alfonso XIII). Sewaktu pemerintahan Republik Sepanyol Kedua, ia dikenali sebagai Copa del Presidente de la República (Piala Presiden Republik) atau Copa de España (Piala Sepanyol) dan pada tahun-tahun pemerintahan diktator Francisco Franco pula, ia dikenali sebagai Copa de Su Excelencia El Generalísimo atau Copa del Generalísimo (Piala Tuan Yang Terutama Jeneral Agung).

Athletic Bilbao telah diisytiharkan pemenang pada tahun 1904 selepas lawan mereka Español de Madrid gagal muncul. Dalam kedua-dua tahun 1910 dan 1913, ada sebuah perpecahan antara kelab-kelab dengan persatuan-persatuan yang berpecah — iaitu Unión Española de Clubs de Fútbol dan Federación Española de Fútbol — menganjurkan pertandingan saingan bernama Copa UECF dan Copa FEF. Pada tahun 1937, semasa Perang Saudara Sepanyol, kelab-kelab dalam kawasan yang memihak kepada Republikan Sepanyol memasuki Copa de la España Libre, dengan Levante menewaskan kota mereka pesaing Valencia 1-0 dalam peringkat akhir. (Walaupun Kongres Timbalan menggesa Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol untuk mengiktiraf kemenangan tersebut sebagai kemenangan dalam Piala Raja Sepanyol untuk Levante pada 2007,[4] badan bola Sepanyol masih belum membuat keputusan muktamad lagi.)[5]

Keputusan pertandingan yang dianjurkan pada tahun 1902 begitu dipertelingkahkan, maka statistik pemenang-pemenang yang berikutan turut dihujahkan sekali. Barcelona telah memenangi kejuaraan ini sebanyak 29 kali diikuti oleh Athletic Bilbao dengan 24 or 23 kemenangan bergantung kepada sumber tertentu. Sepanjang sejarah kejuaraan ini, sebanyak 12 trofi sebenar yang telah dihadiahkan di mana piala akan dihadiahkan secara kekalnya kepada kelab-kelab yang telah memenangi kejuaraan ini sebanyak tiga kali berturut-turut atau lima kali secara berasingan, atau untuk tujuan khas yang tertentu. Maka, lima piala kekal telah dihadiahkan kepada Barcelona, tiga piala kepada Bilbao dan satu piala kepada Real Madrid. Athletic Bilbao menyimpan piala kemenangan mereka pada acara pertama, Sevilla FC dianugerahkan Trofeo del Generalísimo pada 1939 manakala Atlético Madrid, pemenang pada tahun sebelumnya, diberikan piala kesebelas berikutan kematian Francisco Franco. Pada Disember 2010, piala dihadiahkan kepada pemenang tahun tersebut, Sevilla, sempena meraikan kejayaan Sepanyol dalam Piala Dunia yang berlangsung pada tahun tersebut.[6]

Sebelum terbentuknya La Liga pada tahun 1929, pertandingan ini merupakan kejuraraan peringkat kebangsaan. Pasukan-pasukan yang menyertai kejuaraan ini layak melalui liga kawasan mereka. Pelbagai format ternasuk juga peringkat kumpulan telah dipakai selama bertahun-tahun kejuaraan ini diadakan. Kemasukan kepada kejuaraan ini adalah terhad, tidak seperti Piala FA Inggeris. Hanya pasukan-pasukan daripada Primera División, Segunda A, sebanyak 23 pasukan daripada juara-juara Segunda B dan Tercera División (atau naib pemenang jika pasukan juara merupakan pasukan simpanan) dibenarkan turut serta. Peringkat awal merupakan perlawanan sekali beri (one-off) dengan pasukan-pasukan divisyen rendah diberikan home advantage. Peringkat-peringkat 32, 16, suku akhir dan separuh akhir dimainkan dalam dua pusingan. Perlawanan akhir bersifat sekali beri yang dimainkan di lokasi yang neutral. Pemenang kejuaraan ini layak bagi kedua-dua Supercopa de España dan Liga Europa UEFA pada musim berikutnya.

Senarai pertandingan akhir

[sunting | sunting sumber]
Musim Lokasi Pemenang Naib johan Skor
1903 Hipódromo, Madrid Athletic Bilbao Madrid FC 3–2
1904 Tiro del Pichón, Madrid Athletic Bilbao --- Tiada perlawanan akhir
1905 Tiro del Pichón, Madrid Madrid FC Athletic Bilbao 1–0
1906 Hipódromo, Madrid Madrid FC Athletic Bilbao 4–1
1907 Hipódromo, Madrid Madrid FC Bizcaya 1–0
1908 O'Donnell, Madrid Madrid FC Real Vigo Sporting 2–1
1909 O'Donnell, Madrid Real Sociedad Español de Madrid 3–1
1910 FEF Tiro del Pichón, Madrid Barcelona Español de Madrid 3–2
1910 UECF Ondarreta, San Sebastián Athletic Bilbao Real Sociedad 1–0
1911 Josaleta, Getxo Athletic Bilbao Español 3–1
1912 La Industria, Barcelona Barcelona Gimnástica 2–0
1913 FEF O'Donnell, Madrid Racing de Irún‡ Athletic Bilbao 1–0
1913 UECF La Industria, Barcelona Barcelona Real Sociedad 2–1
1914 Costorbe, Irún Athletic Bilbao Espanya 2–1
1915 Amute, Irún Athletic Bilbao Español 5–0
1916 La Industria, Barcelona Athletic Bilbao Madrid FC 4–0
1917 La Industria, Barcelona Madrid FC Arenas 2–1
1918 O'Donnell, Madrid Real Unión Madrid FC 2–0
1919 Martínez Campos, Madrid Arenas Barcelona 5–2
1920 El Molinón, Gijón Barcelona Athletic Bilbao 2–0
1921 San Mamés, Bilbao Athletic Bilbao Atlético Madrid 4–1
1922 Coia, Vigo Barcelona Real Unión 5–1
1923 Les Corts, Barcelona Athletic Bilbao Europa 1–0
1924 Atotxa, San Sebastián Real Unión Real Madrid 1–0
1925 Reina Victoria, Sevilla Barcelona Arenas 2–0
1926 Mestalla, Valencia Barcelona Atlético Madrid 3–2
1927 Torrero, Zaragoza Real Unión Arenas 1–0
1928 El Sardinero, Santander Barcelona Real Sociedad 3–1
1928–29 Mestalla, Valencia RCD Español Real Madrid 2–1
1930 Montjuïc, Barcelona Athletic Bilbao Real Madrid 3–2
1931 Chamartín, Madrid Athletic Bilbao Betis 3–1
1932 Chamartín, Madrid Athletic Bilbao Barcelona 1–0
1933 Montjuïc, Barcelona Athletic Bilbao Real Madrid 2–1
1934 Montjuïc, Barcelona Madrid Valencia 2–1
1935 Chamartín, Madrid Sevilla Sabadell 3–0
1936 Mestalla, Valencia Madrid Barcelona 2–1
1936–1939
Tidak dilangsungkan akibat Perang Saudara Sepanyol
1939 Montjuïc, Barcelona Sevilla Racing de Ferrol 6–2
1940 Campo de Vallecas, Madrid Español Real Madrid 3–2
1941 Chamartín, Madrid Valencia Español 3–1
1942 Chamartín, Madrid Barcelona Atlético Bilbao 4–3
1943 Estadio Metropolitano, Madrid Atlético Bilbao Real Madrid 1–0
1944 Montjuïc, Barcelona Atlético Bilbao Valencia 2–0
1944–45 Montjuïc, Barcelona Atlético Bilbao Valencia 3–2
1946 Montjuïc, Barcelona Real Madrid Valencia 3–1
1947 Riazor, A Coruña Real Madrid Español 2–0
1947–48 Chamartín, Madrid Sevilla Celta Vigo 4–1
1948–49 Chamartín, Madrid Valencia Atlético Bilbao 1–0
1949–50 Chamartín, Madrid Athletic Bilbao Valladolid 4–1
1951 Chamartín, Madrid Barcelona Real Sociedad 3–0
1952 Chamartín, Madrid Barcelona Valencia 4–2
1952–53 Chamartín, Madrid Barcelona Atlético Bilbao 2–1
1954 Chamartín, Madrid Valencia Barcelona 3–0
1955 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Sevilla 1–0
1956 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Atlético Madrid 2–1
1957 Montjuïc, Barcelona Barcelona Español 1–0
1958 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Real Madrid 2–0
1958–59 Santiago Bernabéu, Madrid Barcelona Granada 4–1
1959–60 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Madrid 3–1
1960–61 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Madrid 3–2
1961–62 Santiago Bernabéu, Madrid Real Madrid Sevilla 2–1
1962–63 Camp Nou, Barcelona Barcelona Zaragoza 3–1
1963–64 Santiago Bernabéu, Madrid Zaragoza Atlético Madrid 2–1
1964–65 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Zaragoza 1–0
1965–66 Santiago Bernabéu, Madrid Zaragoza Atlético Bilbao 2–0
1966–67 Santiago Bernabéu, Madrid Valencia Atlético Bilbao 2–1
1967–68 Santiago Bernabéu, Madrid Barcelona Real Madrid 1–0
1969 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Bilbao Elche 1–0
1969–70 Camp Nou, Barcelona Real Madrid Valencia 3–1
1970–71 Santiago Bernabéu, Madrid Barcelona Valencia 4–3
1971–72 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Valencia 2–1
1972–73 Vicente Calderón, Madrid Athletic Bilbao Castellón 2–0
1973–74 Vicente Calderón, Madrid Real Madrid Barcelona 4–0
1974–75 Vicente Calderón, Madrid Real Madrid Atlético Madrid 0–0 (4–3 pen.)
1975–76 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Zaragoza 1–0
1976–77 Vicente Calderón, Madrid Betis Athletic Bilbao 2–2 (8–7 pen.)
1977–78 Santiago Bernabéu, Madrid Barcelona Las Palmas 3–1
1978–79 Vicente Calderón, Madrid Valencia Real Madrid 2–0
1979–80 Santiago Bernabéu, Madrid Real Madrid Castilla‡‡ 6–1
1980–81 Vicente Calderón, Madrid Barcelona Sporting Gijón 3–1
1981–82 José Zorrilla, Valladolid Real Madrid Sporting Gijón 2–1
1982–83 La Romareda, Zaragoza Barcelona Real Madrid 2–1
1983–84 Santiago Bernabéu, Madrid Athletic Bilbao Barcelona 1–0
1984–85 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Athletic Bilbao 2—1
1985–86 Vicente Calderón, Madrid Zaragoza Barcelona 1–0
1986–87 La Romareda, Zaragoza Real Sociedad Atlético Madrid 2–2 (4–2 pen.)
1987–88 Santiago Bernabéu, Madrid Barcelona Real Sociedad 1–0
1988–89 Vicente Calderón, Madrid Real Madrid Valladolid 1–0
1989–90 Luis Casanova, Valencia Barcelona Real Madrid 2–0
1990–91 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Mallorca 1–0
1991–92 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Madrid 2–0
1992–93 Luis Casanova, Valencia Real Madrid Zaragoza 2–0
1993–94 Vicente Calderón, Madrid Zaragoza Celta Vigo 0–0 (5–4 pen.)
1994–95 Santiago Bernabéu, Madrid Deportivo La Coruña Valencia 2–1
1995–96 La Romareda, Zaragoza Atlético Madrid Barcelona 1–0 (a.e.t.)
1996–97 Santiago Bernabéu, Madrid Barcelona Betis 3–2 (a.e.t.)
1997–98 Mestalla, Valencia Barcelona Mallorca 1–1 (5–4 pen.)
1998–99 La Cartuja, Seville Valencia Atlético Madrid 3–0
1999–2000 Mestalla, Valencia Espanyol Atlético Madrid 2–1
2000–01 La Cartuja, Seville Zaragoza Celta Vigo 3–1
2001–02 Santiago Bernabéu, Madrid Deportivo La Coruña Real Madrid 2–1
2002–03 Martínez Valero, Elche Mallorca Recreativo 3–0
2003–04 Lluís Companys, Barcelona Zaragoza Real Madrid 3–2 (a.e.t.)
2004–05 Vicente Calderón, Madrid Betis Osasuna 2–1 (a.e.t.)
2005–06 Santiago Bernabéu, Madrid Espanyol Zaragoza 4–1
2006–07 Santiago Bernabéu, Madrid Sevilla Getafe 1–0
2007–08 Vicente Calderón, Madrid Valencia Getafe 3–1
2008–09 Mestalla, Valencia Barcelona Athletic Bilbao 4–1
2009–10 Camp Nou, Barcelona Sevilla Atlético Madrid 2–0
2010–11 Mestalla, Valencia Madrid FC Barcelona 1–0 (a.e.t.)
2011–12 Vicente Calderón, Madrid Barcelona Athletic Bilbao 3–0
2012–13 Santiago Bernabéu, Madrid Atlético Madrid Real Madrid 2–1 (a.e.t.)
2013–14 Mestalla, Valencia Real Madrid Barcelona 2–1
2014–15 Camp Nou, Barcelona Barcelona Athletic Bilbao 3–1
2015–16 Vicente Calderón, Madrid Barcelona Sevilla 2–0 (a.e.t.)
2016–17 Vicente Calderón, Madrid Barcelona Alavés 3–1
2017–18 Wanda Metropolitano, Madrid Barcelona Sevilla 5–0
2018–19 Stadium Benito Villamarín, Sevilla Valencia Barcelona 2–1
2019–20 Stadium La Cartuja, Sevilla Athletic Bilbao Real Sociedad 0-1
2020-21 Stadium La Cartuja, Sevilla Athletic Bilbao FC Barcelona 0-4
2021–22 La Cartuja, Seville Real Betis Valencia 1–1 (5–4 pen.)

‡ Bergabung dengan Irún Sporting Club pada tahun 1915 membentuk Real Unión.

‡‡ Pasukan simpanan Real Madrid. Pasukan-pasukan simpanan diharamkan bertanding buat pertama kalinya dalam pertandingan 1990-91.

  1. ^ "Spain – Cup 1902". www.rsssf.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ "La FEF no reconocerá al Barça la Liga del año 1937". As.com (dalam bahasa Sepanyol). 25 Mei 2012.
  3. ^ "Palmarés". Diario Marca. Dicapai pada 6 Januari 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  4. ^ "El Levante, a un paso de la Copa... de 1937". El Pais.
  5. ^ "Trophy Villar Cup delay Levante". www.levante-emv.com (News Sports). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-18. Dicapai pada 4 Mac 2008.
  6. ^ "El Sevilla se queda en propiedad con la Copa del Rey gracias a España". MARCA.COM. Dicapai pada 26 April 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]