Corong turas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah corong turas lazim.

Corong turas/penapis ialah suatu corong makmal yang digunakan untuk mengasingkan pepejal daripada cecair melalui proses penapisan makmal.

Untuk melakukan tugas ini, suatu kertas turas bebentuk kon biasanya dilipat dan diletakkan ke dalam corong. Ampaian pepejal dan cecair kemudian dituangkan melalui saluran. Bahan-bahan pepejal terlalu besar untuk melalui kertas turas lalu terbiar di atas kertas, sedangkan molekul cecair yang lagi kecil melalui kertas itu ke suatu bekas diletakkan di bawah corong lalu menghasilkan tapisan. Kertas turas yang digunakan hanya dipakai sekali sahaja. Sekiranya hanya cecair yang diinginkan, kertas itu adalah dibuang, dan sebaliknya.