Ktesibios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ctesibius)

Ktesibios atau Ctesibius (Yunani: Κτησίβιος) (fl. 285–222 SM) ialah seorang pencipta dan ahli matematik berbangsa Yunani yang menetap di Iskandariah, Mesir.[1] Beliau menulis karangan pertama tentang ilmu udara mampat dan kegunaannya dalam pam (dan juga meriam). Oleh sebab ini, bersama dengan karya beliau tentang keanjalan udara Tentang pneumatik, beliau bergelar "bapa pneumatik." Tidak satu pun karangan beliau yang masih ada, termasuklah Memorabilia, iaitu himpunan hasil penyelidikan beliau yang dipetik oleh Athenaeus.

Ciptaan[sunting | sunting sumber]

Ktesibios barangkalinya merupakan ketua pertama Muzium Iskandariah. Tidak banyak sekali yang diketahui tentang riwayatnya, namun hasil-hasil ciptaan beliau terkenal jua. Adalah dikatakan (mungkin oleh Diogenes Laertius) bahawa kerjaya sulung beliau adalah sebagai tukang gunting rambut. Sewaktu bekerja sebagai tukang gunting, beliau mencipta cermin yang boleh dilaras dengan berat pengimbang. Antara ciptaan-ciptaan lainnya termasuk hidraulis, iaitu organ air yang dianggap sebagai pendahulu organ paip moden, serta peningkatan pada jam air atau klepsidra. Klepsidra ini menjaga waktu dengan lebih jitu daripada mana-mana jam yang dicipta di dunia, sehinggalah ahli fizik Belanda, Christiaan Huygens memperincikan penggunaan bandul untuk mengawal atur jam pada abad ke-17. Ktesibios memerikan salah satu pam asak yang sulung untuk menghasilkan pancutan air, atau menimba air dari telaga; contoh-contohnya ditemui di pelbagai tapak tinggalan Rom, seperti di Silchester di Britain. Prinsip sifon turut diatribusi kepada beliau.

Menurut Diogenes Laertius, Ktesibios papa kedana. Sebagai penjelasan, Laertius menceritakan yang berikut tentang ahli falsafah Arkesilaos:

Ketika beliau pergi menziarahi Ktesibios yang uzur who was ill, lalu menemuinya yang murung teruk kerana melarat, dia [Arkesalios] senyap-senyap menyusupkan dompetnya di bawah bantalnya [Ktesibios]; apaibla Ktesibios menyedarinya, "Inilah," katanya, "hiburan daripada Arkesilaos."

Reputasi[sunting | sunting sumber]

Hasil kerja Ktesibios dibabadkan oleh Vitruvius, Athenaios, dan Philo dari Byzantium yang acap kali menyebut nama beliau, serta menambah bahawa ahli-ahli mekanik sulung seperti Ktesibios memiliki kelebihan berada dalam pemerintahan raja-raja yang mencintai kenamaan dan menyokong bidang seni. Proclus (pengulas Euclid) dan Hero dari Iskandariah turut menyebut namanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopaedia Britannica "Greek physicist and inventor, the first great figure of the ancient engineering tradition of Alexandria, Egypt."

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Greek mathematics