Sifon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prisip sifon
Sifon digunakan untuk pembuatan bir di rumah

Kata siphon (daripada Bahasa Yunani Kuno: σίφων “paip, tiub”) kadang kala digunakan untuk merujuk kepada pelbagai peranti yang melibatkan pengaliran cecari menerusi tiub namun secara khusus, ia merujuk kepada sebuah tiub dalam bentuk U terbalik yang menyebabkan cecair mengalir keatas, di atas permukaan resevoirnya, tanpa bantuan pam, mendapat kuasa daripada jatuhnya cecair tersebut sambil ia mengalir turun menerusi tiub di bawah tarikan graviti, dan dilepaskan pada aras yang lebih rendah berbanding permukaan resevoirnya. Harus diingat bahawa sifon mesti menyentuh cecair di dalam resevoir atas (kedudukan permukaan cecair mesti berada lebih atas berbanding bukaan masuk), ia tidak perlu menyentuh cecair dalam resevoir bawah dan tentu sekali tidak perlu ada cecair di reservoir bawah - cecair boleh dilepaskan ke udara.