Athenaios

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Athenaeus dari Naucratis
Info kelahiranAkhir abad kedua Masihi
Naucratis, Empayar Rom (kini Mesir)
KematianAwal abad ketiga Masihi
Tidak diketahui
PekerjaanPenulis, tatabahasa, dan ahli retorik
Pencapaian ketaraDeipnosophistae

Athenaios (/ˌæθəˈnəs/; Bahasa Yunani Kuno: Ἀθήναιος Nαυκρατίτης atau Nαυκράτιος, Athēnaios Naukratitēs atau Naukratios; Bahasa Latin: Athenaeus Naucratita) ialah seorang ahli bahasa dari Yunani dan penulis dari Deipnosophistai (Ahli Gastronomi).[1] Karya tersebut mengisahkan sebuah simposium aristokrat di mana beberapa orang yang terpelajar bertemu dan berbincang mengenai makanan dan topik lain.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Athenaeus sendiri menyatakan bahawa dia adalah pengarang sebuah risalah mengenai thratta, sejenis ikan yang disebut oleh Archippus dan penyair komik lain, dan sejarah raja-raja Syria. Kedua-dua karya itu kini hilang.

Deipnosophistes tergolong dalam tradisi sastera diilhamkan oleh penggunaan bankuet Yunani. Ahli bankuet bermain Kottabos manakala seorang pemuzik bermain Aulos, dihiasi oleh artis 'Nicias'/'Nikias'

Paten pertama[sunting | sunting sumber]

Deipnosophistae, 1535

Athenaeus menggambarkan apa yang boleh dianggap sebagai paten pertama (iaitu hak eksklusif yang diberikan oleh pemerintah kepada pencipta untuk mengamalkan ciptaannya sebagai pertukaran kerana penzahiran ciptaan). Beliau menyebut bahawa pada 500 SM, di bandar Yunani Sybaris (yang terletak di Itali selatan sekarang), terdapat pertandingan masakan tahunan. Pemenang diberi hak eksklusif untuk menyediakan hidangannya selama satu tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Athenaeus, “Encyclopedia Britannica. Diakses pada 18 Juni 2010.
  2. ^ M. Frumkin, "The Origin of Patents", Journal of the Patent Office Society, March 1945, Vol. XXVII, No. 3, pp 143 et Seq.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • David Braund and John Wilkins (eds.), Athenaeus and his world: reading Greek culture in the Roman Empire, Exeter: University of Exeter Press, 2000. ISBN 0-85989-661-7.
  • Christian Jacob, The Web of Athenaeus, (Hellenic studies, 61), Washington, DC: Center for Hellenic Studies at Harvard University, 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]