Cuff title

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cuff title dengan tulisan GIBRALTAR

Cuff title atau gegelang nama (Bahasa Jerman: Ärmelstreifen) ialah satu bentuk lencana peringatan atau keanggotaan yang dililitkan pada hujung lengan baju, berdekatan manset, di pakaian seragam tentera dan separa tentera Jerman. Tradisi ini berasal dari ciptaan gegelang "Gibraltar", yang ditauliahkan pada tahun 1783 oleh Raja George III untuk rejimen Elektorat Hanover.[1][2][3]

Gegelang nama sering dikaitkan dengan Perang Dunia Kedua dan unit-unit Waffen-SS tetapi digunakan secara meluas oleh semua cabang tentera Jerman, termasuk organisasi separa tentera dan awam.[4]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Imej Tulisan Latin cuff title "Großdeutschland" diperkenalkan pada tahun 1944.

Bahagian cuff title diperbuat daripada kain sakhlat, kapas, rayon atau campuran kapas/rayon. Ia berukuran kira-kira 4 sm (1.6 inci) lebar dan mengandungi nama atau simbol yang mengenal pasti unit asal si pemakai atau pernah berkhidmat dalam kempen-kempen tertentu. Cuff title tenunan mesin menjadi semakin popular semasa Perang Dunia Kedua berlangsung dan title yang lebih baru diperkenalkan. Warna fabrik dan juga hurufnya berbeza-beza. Gegelang nama Waffen SS mencerminkan warna SS, (hitam dan perak) dan biasanya berwarna hitam dengan huruf kelabu atau putih.

Huruf boleh dibuat dalam tulisan gaya Latin, Gothik atau Sütterlin, seperti yang ditunjukkan pada gegelang nama Grossdeutschland. Huruf blok juga digunakan.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Klietmann, Kurt-Gerhard (1981). Auszeichnungen des Deutschen Reiches, 1936–1945 (In German). Motorbuch, Stuttgart. ISBN 3-87943-689-4.
  • Littlejohn, David; Dodkins, Colonel C. M. (1968). Orders, Decorations, Medals and Badges of the Third Reich. R. James Bender Publishing, California. ISBN 978-0854200801.
  • Ian Blanthorn Military Historian.
  • Williamson, Gordon (2002). World War II German Battle Insignia. Osprey Publishing. ISBN 1841763527.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kögler, Johannes-Paul (2018). Ehre als tragbares Zeichen: Zur politischen, sozialen und kulturgeschichtlichen Bedeutung von Orden und Ehrenzeichen am Beispiel des Königreichs Hannover 1814–1866. Tectum Wissenschaftsverlag. ISBN 978-3828870307. p.219
  2. ^ Senne, Christian (2011). Wiggerich, Sandro; Kensy, Steven (penyunting). Das "Gibraltar-Ärmelband". Die Geschichte eines militärischen Ehrenzeichens 1784-1918 [The Gibraltar cuff title. The History of a military honorbadge 1784-1918]. Staat Macht Uniform. Uniformen als Zeichen staatlicher Macht im Wandel? (= Studien zur Geschichte des Alltags 29).: Franz Steiner Verlag, Stuttgart. ISBN 9783515099332.CS1 maint: location (link)
  3. ^ "Gibraltar Cuff Title". www.kaisersbunker.com. Dicapai pada 2020-11-05.
  4. ^ Williamson, Gordon (2006). World War II German Police Units. Osprey Publishing. ISBN 9781846030680. p.36

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Cuff title di Wikimedia Commons