Cukai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk tempat di Terengganu, lihat Chukai.

Cukai ialah biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat kepada pemerintah.

Cara pengumpulan cukai dan bagaimana penggunaan wang cukai tersebut adalah bahan pembicaraan panas dalam politik dan ekonomi.

Bidang sains politik/ekonomi yang membahaskan cukai ialah kewangan umum.

Jenis cukai[sunting | sunting sumber]

Antara jenis cukai:

  • Cukai pendapatan
  • Cukai jualan
  • Cukai tanah
  • Cukai pintu

Ciri-Ciri Cukai Dalam Islam[sunting | sunting sumber]

Pengambilan harta (dari orang Islam) inilah yang disebut sebagai dharibah (sejenis pungutan) yang dibenarkan oleh syara’ untuk dipungut oleh Daulah Islamiyah(negara) dan menjadi tanggungjawab negara untuk membelanjakannya dengan hak.

Perlu ditegaskan bahawa dharibah bukanlah ‘cukai’ sebagaimana yang sering disalahtafsir atau yang dijadikan hujah oleh mereka yang jahil untuk membolehkan cukai. Dharibah adalah satu bentuk ‘pungutan khas’ yang dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak sahaja, itu pun hanya pada keadaan Baitul mal mengalami defisit atau tidak cukup untuk melaksanakan apa jua kewajipan oleh negara. Tidak boleh memungut dharibah jika Baitul mal negara masih mencukupi. Ia hanya dipungut di dalam keadaan negara yang amat terdesak sehingga jika tidak dipungut, maka sebuah kewajipan akan terabai. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja,

  1. Untuk memenuhi keperluan asas (makanan/pakaian/rumah) orang-orang fakir dan miskin
  2. Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran
  3. Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya
  4. Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya
  5. Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah bukanlah seperti cukai yang ada sekarang (dalam sistem ekonomi kapitalisme) kerana

  1. Ia bersumberkan wahyu dan diambil dari hadis Rasulullah s.a.w. dan juga Ijmak Sahabat
  2. Ia bukan sumber tetap pendapatan negara kerana ia dikutip hanya ketika Baitul Mal mengalami defisit serta berdepan dengan situasi yang kritikal sahaja dan ia tidak dikutip secara berpanjangan
  3. Ia hanya dikutip dari kaum Muslimin yang kaya/layak mengikut kadar yang ma’aruf sehingga mencukupi kadar yang diperlukan sahaja
  4. Ia diguna untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat/negara, bukan untuk kepentingan peribadi pemerintah ataupun kroni.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]