Wilayah Barqah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cyrenaica)
Lompat ke: pandu arah, cari
"Cyrenaica" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat Cyrenaica (nyahkekaburan).
Cyrenaica pada hari ini terletak di Libya

Wilayah Barqah (Arab: برقه, Barqah, Bahasa Inggeris: Cyrenaica, Bahasa Yunani: Κυρηναϊκή Kūrēnaïkē) adalah sebuah wilayah pantai timur di Libya. Pada zaman purba dahulu, ia dikenali sebagai Pentapolis ("Lima bandar") dan menjadi sebahagian daripada Wilayah Rom, Crete dan Cyrenaica, yang kemudiannya dibahagikan kepada Libya Pentapolis dan Libya Sicca. Selepas kedatangan Islam, kawasan ini dinamakan sebagai Barqah sempena bandar purba Barqah yang juga terletak di kawasan wilayah ini di bahagian utara. Wilayah Barqah mengunjur dari utara sehingga selatan merangkumi semua kawasan timur Libya.

Nama Cyrenaica digunakan semula sebagai sebuah wilayah ketika pentadbiran Italian Libya dari tahun 1927 hingga 1943, kemudiannya ketika berada di bawah pentadbiran askar dan sivil British dari tahun 1943 hingga 1951, dan akhirnya ketika pentadbiran Kingdom of Libya dari tahun 1951 hingga 1963. Selepas itu, Cyrenaica masih juga digunakan secara umum, merangkumi semua bahagian timur Libya termasuk Daerah Al Kufrah. Cyrenaica bersempadan dengan Wilayah Tarabulus di barat laut dan Wilayah Fizan di barat daya. Kawasan di mana terletaknya Cyrenaica dalam sistem pentadbiran sebelum tahun 1963 kini sudah dipecahkan kepada daerah-daerah yang lebih kecil yang dipanggil sebagai Shabiyah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Westermann Grosser Atlas zur Weltgeschichte (in German).


Pautan luar[sunting | sunting sumber]