Pergi ke kandungan

D.P Vinjandran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

D.P Vinjandran ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau merupakan mantan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia dan mantan Ahli Parlimen Kapar selama sepenggal (1986-1990). Di peringkat parti beliau ialah mantan Setiausaha Agung MIC.

D.P Vinjandran
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kapar
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehKawasan dicipta semula daripada Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang
Digantikan oleh M. Mahalingam
Majoriti12,241 (PRU-7)
Maklumat peribadi
Parti politik Kongres India Malaysia
PekerjaanAhli politik

Nama beliau menghilang selepas dibabitkan dengan Pita video Lucah Vijandran pada 1988. Beberapa tokoh politik termasuk M.G Pandhithan yang juga bekas Naib Presiden MIC mendesak beliau meletakkan jawatan. Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 diadakan tanpa nama beliau.

Nama beliau muncul semula selepas menjadi peguam bela suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pada tahun 2010. [1]

  • Zulkiflee Bakar , Isu Video Lucah : Tindakan Peguam Negara dipersoalkan, Majalah Eksklusif , 21 Januari 1990, Karangkraf, hlm 20.