Damak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Damak
Darts in a dartboard.jpg
Damak yang terpacak pada papannya
Badan induk tertinggiPersekutuan Sukan
Damak Sedunia
Pertama dimainkansekitar tahun 1860-an di United Kingdom [1]
Pemain berdaftar655 yang berdaftar dengan WDF
679 yang berdaftar dengan PDPA
Ciri-ciri
Ahli pasukanAda
Jantina bercampurTiada
Kategoripersis, perseorangan
Bola3 set damak, papan damak

Sukan damak ialah suatu sukan di mana anak panah yang kontot dan kecil (dipanggil damak) dibaling agar mengena sasaran pada papan khas yang dipasangkan pada dinding.[2]

Peralatan[sunting | sunting sumber]

Papan (dartboard)[sunting | sunting sumber]

Sebelum zaman Perang Dunia Pertama, papan damak dihasilkan daripada bongkah kayu, biasanya daripada jenis elm.[3][4] Papan sebegini dirawat semalaman selepas bermain agar permukaan dapat dipulihkan lalu dapat digunakan semula pada keesokan harinya; kerja ini sangat rumit dilakukan. Kini papan damak lebih diperbuat daripada gentian sisal, gabus atau gulungan kertas tebal.

Papan jenis elektronik mula dikembangkan pada tahun 1970-an dengan pemasangan kepada komputer; data damak yang dibaling dilalukan daripada kepingan besi yang mengesan hentaman damak (berhujung plastik) pada papapn tersebut.

Anak damak[sunting | sunting sumber]

Anak damak dahulunya diperbuat sepenuhnya daripada kayu dengan kepingan plumbum sebagai pemberat dan dilekatkan ram bulu pelepah, alatan sedemikian biasanya diimport dari Perancis.[5] Bahan buatannya lama-kelamaan beralih kepada loyang[5] dan seterusnya plastik, di mana ram dan batang anam damak cenderung dihasilkan berasingan sebelum dipasang bersama.[6]

Pemberian mata[sunting | sunting sumber]

Permainan ini bisa dimainkan dalam pelbagai cara dan format. Walau bagaimanapun, mata dalam perlawanan rasmi dikira berdasarkan kedudukan balingan damak:

  • damak mesti mengenai bahagian bernombor yang besar diwarnai hitam atau putih.
  • lingkaran tengah dibahagikan kepada bulatan luar berwarna hijau ("outer", "outer bull" atau "single bull") bernilai 25 mata (bull's ring) dan bulatan dalam berwarna merah atau hitam (usually known as "bull", "inner bull" or "double bull") bernilai 50 mata (bullseye).
  • damak mesti terbenam dalam lingkaran luar, tiada mata akan diberikan jika sebaliknya.
  • damak mesti melekat pada atau menyentuh permukaan papan.
  • damak mesti kekal pada kedudukan akhir ia dibling sehingga ia dikumpul; mata tidak akan diraih jika damak tersebut melantun, gugur dengan sendirinya mahupun tercabut akibat kesan kuat balingan damak seterusnya. Perkara ini berbeza jika menggunakan papan elektronik di mana mata tetap akan dikira selagi damak betul-betul telah mengenai papan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Masters, Youtham Joseph. "Darts history". Trad games. Dicapai 1 November 2009. 
  2. ^ "Darts". The Free Dictionary. Dicapai 21 Ogos 2010. 
  3. ^ "The Nodor - Winmau Story". PatrickChaplin. Dicapai 25 Disember 2014. 
  4. ^ "The history of darts". TalkDarts. Dicapai 25 Disember 2014. 
  5. ^ a b "The History of the Dart". 2007. Patrick Chaplin. Dicapai 12 November 2011. 
  6. ^ "Moulded plastic flights". Dart Dealer. Dicapai 12 November 2011.