Darah penuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darah penuh
Pakej darah penuh hasil sumbangan penderma di Persatuan Palang Merah
Data klinikal
Kaedah
pemberian
IV
Kod ATC
Pengecam
ChemSpider

Darah penuh ialah darah manusia yang diperolehi mengikut prosedur pendermaan darah yang piawai.[1][2] Ia digunakan untuk merawat pendarahan teruk melalui transfusi tukaran atau apabila orang menderma darah kepada diri mereka sendiri.[1] Satu unit darah penuh (~517 mL) meningkatkan tahap hemoglobin kira-kira 10 g/L.[3][4] Padanan silang biasanya dilakukan sebelum darah diberikan.[2][5] Kemudian darah itu diberikan melalui suntikan ke dalam vena.[6]

Kesan sampingan termasuk pemecahan sel darah merah, peninggian kalium darah, jangkitan, pembebanan lampau isi padu saluran darah, kecederaan peparu, dan pelbagai jenis tindak balas alahan seperti anafilaksis.[2][3] Darah penuh terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan plasma darah.[3] Darah penuh adalah yang terbaik jika digunakan dalam masa sehari selepas pengumpulan, tetapi ia juga boleh digunakan dalam jangka masa tiga minggu.[3][5][7] Darah biasanya dikumpul sekali dengan pengantikental dan pengawet semasa proses pengumpulan.[8]

Pemindahan pertama darah penuh dilakukan pada tahun 1818, tetapi penggunaan secara umum tidak berlaku sehinggalah Perang Dunia Pertama dan Kedua.[5][9] Darah penuh disenaraikan dalam Senarai Piawai Ubat-ubatan Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[10][11] Pada tahun 1980-an kos darah penuh dianggar bernilai 50 dolar seunit di Amerika Syarikat.[12] Darah penuh tidak biasa digunakan selain negara-negara membangun dan kegunaan tentera.[2] Ia digunakan untuk membuat beberapa produk darah termasuk sel darah merah terpadat, platelet pekat, kriomendakan, dan plasma beku segar.[1]

Penggunaan perubatan[sunting | sunting sumber]

Darah penuh mempunyai risiko yang serupa seperti pemindahan sel darah merah dan mesti dipadansilangkan untuk mengelakkan tindak balas transfusi hemolitik. Kebanyakan punca penggunaan adalah sama seperti penggunaan sel darah merah, dan darah penuh tidak kerap digunakan di negara-negara berpendapatan tinggi kerana sel darah merah terpadat sentiasa tersedia.[13][14] Walau bagaimanapun, penggunaan darah penuh adalah lebih biasa di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Lebih 40% darah yang dikumpul di negara-negara berpendapatan rendah digunakan dalam bentuk darah penuh, manakala kira-kira satu per tiga darah yang dikumpul di negara berpendapatan sederhana digunakan dalam bentuk darah penuh.[15]

Darah penuh kadangkala "dicipta semula" daripada sel darah merah dan plasma beku segar yang tersimpan untuk kegunaan pemindahan neonatal. Hal ini dilakukan untuk menyediakan produk akhir (contohnya gabungan sel merah jenis O dan plasma jenis AB) dengan nilai hematokrit (peratusan sel darah merah) yang sangat spesifik untuk meminimumkan kemungkinan komplikasi. 

Transfusi darah penuh digunakan dalam persekitaran tentera dan sedang dikaji dalam penjagaan trauma pra-hospital dan dalam persekitaran awam melibatkan pemindahan besar-besaran.[13][16][17][14]

Pemprosesan[sunting | sunting sumber]

Pada masa lalu, darah ditransfusikan dalam bentuk darah penuh tanpa pemprosesan selanjutnya. Kebanyakan bank darah kini memisahkan darah penuh kepada dua atau lebih komponen,[18] kebiasaannya komponen sel darah merah dan komponen plasma (contohnya: plasma beku segar). Platelet untuk kegunaan transfusi juga boleh disediakan daripada satu unit darah penuh. Sesetengah bank darah telah menggantikan cara pengumpulan platelet dari mengekstrak platelet dari darah penuh kepada mengumpul platelet melalui plateletferesis kerana platelet darah penuh, kadangkala dipanggil platelet "penderma rawak", mesti digemblengkan daripada berbilang penderma untuk mendapatkan bilangan platelet yang memenuhi dos terapeutik dewasa. 

Darah yang dikumpul biasanya diasingkan kepada komponen melalui salah satu daripada tiga kaedah berikut. Yang pertama adalah menggunakan mesin empar dengan cara "putaran keras" yang memisahkan darah penuh kepada plasma dan sel merah. Kaedah kedua pula menggunakan mesin yang sama tetapi guna "putaran lembut" untuk memisahkan darah penuh tersebut kepada plasma, lapisan kelabu (digunakan untuk menghasilkan platelet), dan sel darah merah. Kaedah ketiga ialah melalui pemendapan: darah hanya dibiarkan duduk semalaman dan sel merah dan plasma dipisahkan melalui interaksi graviti.

Penyimpanan[sunting | sunting sumber]

Darah penuh biasanya disimpan dalam keadaan yang sama seperti sel darah merah dan boleh disimpan sehingga 35 hari jika dikumpulkan dengan larutan penyimpanan CPDA-1, atau 21 hari jika menggunakan larutan penyimpanan biasa yang lain seperti CPD.

Jika darah digunakan untuk menghasilkan platelet, ia dibiarkan pada suhu bilik sehingga proses selesai. Proses ini mesti dilakukan dengan cepat untuk meminimumkan penyimpanan RBC dalam keadaan suhu tinggi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Hillyer, Christopher D. (2007). Blood Banking and Transfusion Medicine: Basic Principles & Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 190. ISBN 978-0443069819. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-12.Hillyer, Christopher D. (2007). Blood Banking and Transfusion Medicine: Basic Principles & Practice. Elsevier Health Sciences. p. 190. ISBN 978-0443069819. Archived from the original on 2017-01-12.
  2. ^ a b c d Connell, NT (December 2016). "Transfusion Medicine". Primary Care. 43 (4): 651–659. doi:10.1016/j.pop.2016.07.004. PMID 27866583.Connell, NT (December 2016). "Transfusion Medicine". Primary Care. 43 (4): 651–659. doi:10.1016/j.pop.2016.07.004. PMID 27866583.
  3. ^ a b c d Plumer, Ada Lawrence (2007). Plumer's Principles and Practice of Intravenous Therapy (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 422. ISBN 9780781759441. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-12.Plumer, Ada Lawrence (2007). Plumer's Principles and Practice of Intravenous Therapy. Lippincott Williams & Wilkins. p. 422. ISBN 9780781759441. Archived from the original on 2017-01-12.
  4. ^ Herndon, David N. (2012). Total Burn Care: Expert Consult - Online and Print (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 194. ISBN 9781455737970.
  5. ^ a b c Bahr, MP; Yazer, MH; Triulzi, DJ; Collins, RA (December 2016). "Whole blood for the acutely haemorrhaging civilian trauma patient: a novel idea or rediscovery?". Transfusion Medicine (Oxford, England). 26 (6): 406–414. doi:10.1111/tme.12329. PMID 27357229.Bahr, MP; Yazer, MH; Triulzi, DJ; Collins, RA (December 2016). "Whole blood for the acutely haemorrhaging civilian trauma patient: a novel idea or rediscovery?". Transfusion Medicine (Oxford, England). 26 (6): 406–414. doi:10.1111/tme.12329. PMID 27357229. S2CID 24552025.
  6. ^ Linton, Adrianne Dill (2015). Introduction to Medical-Surgical Nursing (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 287. ISBN 9781455776412. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-14.
  7. ^ Marini, John J.; Wheeler, Arthur P. (2012). Critical Care Medicine: The Essentials (dalam bahasa Inggeris) (ed. 4). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 267. ISBN 9781451152845. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-11.
  8. ^ Rudmann, Sally V. (2005). Textbook of Blood Banking and Transfusion Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 205. ISBN 072160384X. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-12.
  9. ^ Hemmings, Hugh C.; Egan, Talmage D. (2012). Pharmacology and Physiology for Anesthesia: Foundations and Clinical Application (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 628. ISBN 978-1455737932. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-11.
  10. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  11. ^ World Health Organization (2021). World Health Organization model list of essential medicines: 22nd list (2021). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/345533. WHO/MHP/HPS/EML/2021.02.
  12. ^ Blood policy & technology (dalam bahasa Inggeris). DIANE Publishing. 1985. m/s. 8. ISBN 9781428923331. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-12.
  13. ^ a b Flint, AWJ; McQuilten, ZK; Wood, EM (April 2018). "Massive transfusions for critical bleeding: is everything old new again?". Transfusion Medicine (Oxford, England). 28 (2): 140–149. doi:10.1111/tme.12524. PMID 29607593.
  14. ^ a b Pivalizza, Evan G.; Stephens, Christopher T.; Sridhar, Srikanth; Gumbert, Sam D.; Rossmann, Susan; Bertholf, Marsha F.; Bai, Yu; Cotton, Bryan A. (2018). "Whole Blood for Resuscitation in Adult Civilian Trauma in 2017: A Narrative Review". Anesthesia & Analgesia (dalam bahasa Inggeris). 127 (1): 157–162. doi:10.1213/ANE.0000000000003427. ISSN 0003-2999. PMID 29771715.Pivalizza, Evan G.; Stephens, Christopher T.; Sridhar, Srikanth; Gumbert, Sam D.; Rossmann, Susan; Bertholf, Marsha F.; Bai, Yu; Cotton, Bryan A. (2018). "Whole Blood for Resuscitation in Adult Civilian Trauma in 2017: A Narrative Review". Anesthesia & Analgesia. 127 (1): 157–162. doi:10.1213/ANE.0000000000003427. ISSN 0003-2999. PMID 29771715. S2CID 21697290.
  15. ^ "Blood safety and availability". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-06-22.
  16. ^ "Blood Far Forward". THOR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-06-22.
  17. ^ Goforth, C. W.; Tranberg, J. W.; Boyer, P.; Silvestri, P. J. (2016-06-01). "Fresh Whole Blood Transfusion: Military and Civilian Implications". Critical Care Nurse (dalam bahasa Inggeris). 36 (3): 50–57. doi:10.4037/ccn2016780. ISSN 0279-5442. PMID 27252101.
  18. ^ Christopher D. Hillyer; Beth H. Shaz; James C. Zimring; Thomas C. Abshire (17 June 2009). Transfusion Medicine and Hemostasis: Clinical and Laboratory Aspects. Elsevier. m/s. 45–. ISBN 978-0-12-374432-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2017. Dicapai pada 16 November 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]