Pentadbiran Makanan dan Dadah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan
Food and Drug Administration
Intisari agensi
Dibentuk30 Jun 1906; 117 tahun yang lalu (1906-06-30)[1]
Agensi-agensi terdahulu
  • Food, Drug, and Insecticide Administration (Julai 1927 hingga Julai 1930)
  • Bureau of Chemistry, USDA (Julai 1901 hingga Julai 1927)
  • Division of Chemistry, USDA (ditubuhkan 1862)
Bidang kuasa
Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat
Ibu pejabatWhite Oak Campus
10903 New Hampshire Avenue
Silver Spring, Maryland 20993
39°02′07″N 76°58′59″W / 39.03528°N 76.98306°W / 39.03528; -76.98306Koordinat: 39°02′07″N 76°58′59″W / 39.03528°N 76.98306°W / 39.03528; -76.98306
Kakitangan14,824 (2010)[2]
Belanjawan tahunan$3.16 bilion (2020)[3]
Eksekutif Agensi
  • Janet Woodcock (pemangku), Pesuruhjaya
  • Amy Abernethy, Principal Deputy Commissioner
Agensi induk
Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia
Agensi-agensi anak
Laman sesawang
www.fda.gov

Food and Drug Administration (FDA) atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan adalah badan yang bertugas mengatur makanan, tambahan makanan, ubat, produk biofarmasi, transfusi darah, alatan perubatan, alatan untuk terapi dengan radiasi, produk veterinar dan kosmetik di Amerika Syarikat.

Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

FDA adalah badan yang berada di bawah Jabatan Kesihatan dan Khidmat Masyarakat (United States Department of Health and Human Services) dan memiliki sejumlah Pejabat dan pusat perkhidmatan yang masing-masing mengkhususkan kepada bidang tertentu.

Jabatan dalam FDA:

  • Pusat Keamanan Makanan dan Gizi Terapan (Center for Food Safety and Applied Nutrition, CFSAN)
  • Pusat Penyelidikan dan Penilaian Ubatan (Center for Drug Evaluation and Research, CDER)
  • Pusat Penyelidikan dan Penilaian Biologi (Center for Biologics Evaluation and Research, CBER)
  • Pusat Peralatan dan Kesihatan Radiologi (Center for Devices and Radiological Health, CDRH)
  • Pusat Kedoktoran Haiwan (Center for Veterinary Medicine, CVM)
  • Pusat Penyelidikan Toksikologi Negara (National Center for Toxicological Research, NCTR)
  • Pejabat Urusan Peraturan (Office of Regulatory Affairs)
  • Pejabat Komisaris (Office of the Commissioner)

Ketua[sunting | sunting sumber]

FDA dipimpin seorang Komisaris bernama Andrew von Eschenbach yang disahkan Senat pada 7 Disember 2006 setelah bertugas sebagai Penjabat Komisaris selama 14 bulan. Von Eschenbach menggantikan Lester Crawford yang dilantik Presiden George W. Bush untuk memimpin FDA, namun beliau mengundurkan diri 23 September 2005 iaitu dua bulan sesudah jabatannya sebagai Komisaris FDA disahkan oleh Senat.

Tugas[sunting | sunting sumber]

Sebagai badan administratif di bawah lembaga eksekutif pemerintah Amerika Syarikat, kekuasaan dan yurisdiksi FDA didasarkan pada undang-undang yang dibuat Kongres Amerika Syarikat. Sebagian besar mandat FDA didasarkan pada Akta Undang-undang Makanan, Ubatan dan Kosmetik Persekutuan (Federal Food, Drug, and Cosmetic Act) yang dibuat Kongres AS. Undang-undang tersebut memberi berbagai tanggung jawab kepada FDA, termasuk tanggung jawab untuk memastikan perdagangan antarnegara bagian bebas dari makanan, ubat-ubatan, dan alat perubatan yang tercemar atau salah label.[4]

FDA memiliki wewenang untuk mengatur berbagai produk untuk menjamin keamanan publik AS dan memastikan produk makanan, kedokteran, dan kosmetika yang dipasarkan kepada pengguna sesuai dengan janji yang diberikan produsen. Peraturan Pemerintah yang dibuat FDA dapat terdiri dari berbagai bentuk, termasuk dan tidak terbatas pada pelarangan, pengawasan peredaran, dan pemasaran yang terkendali. Selain itu, FDA menetapkan piawai yang memberi wewenang kepada perorangan untuk meresepkan ubat atau alat perubatan lain. Penegakan peraturan pemerintah yang dikeluarkan FDA dilakukan oleh Consumer Safety Officers (pegawai keselamatan pengguna) yang bertugas di bawah naungan Pejabat Urusan Peraturan (Office of Regulatory Affairs), sedangkan kes jenayah ditangani ejen khusus dari Pejabat Penyiasatan Jenayah (Office of Criminal Investigations, OCI) yang juga merupakan salah satu bahagian daripada FDA.

Anggaran[sunting | sunting sumber]

Anggaran federal[sunting | sunting sumber]

Anggaran federal yang diajukan FDA untuk tahun fiskal 2008 sebesar $2.1 bilion. Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebesar $105.8 juta dibandingkan dengan tahun fiskal 2007.[5]

Biaya dari pemakai jasa[sunting | sunting sumber]

Sebelum dekad 1990-an, FDA semata-mata beroperasi dari dana yang diberikan pemerintah federal. Sejumlah undang-undang dibuat Kongres pada tahun 1990-an yang membolehkan FDA menarik biaya dari perusahaan yang mendaftarkan produknya untuk memperoleh izin FDA.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FDA Centennial 1906–2006" (dalam bahasa Inggeris). Food and Drug Administration. Diarkibkan daripada yang asal pada May 24, 2016. Dicapai pada September 13, 2008.
  2. ^ Partnership for Public Service (November 2012). "The state of the FDA workforce" (PDF). The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada July 16, 2017. Dicapai pada May 12, 2017.
  3. ^ Genomeweb (December 2019). "House Subcommittee Bill Proposes 7 Percent NIH Budget Increase". Staff Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada January 28, 2021. Dicapai pada January 23, 2020.
  4. ^ FDCA Section 301 di situs web FDA
  5. ^ "Ringkasan anggaran FDA tahun fiskal 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-12. Dicapai pada 2008-03-15.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]