Datuk Perpatih Nan Sebatang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Perpatih Nan Sebatang merupakan gelaran seorang tokoh lagenda penyusun adat Minangkabau[1]. Sistem adat yang disusun oleh Datuak Parpatiah Nan Sabatang ini dikenali juga dengan nama kelarasan Bodi Caniago.

Nama kecil[sunting | sunting sumber]

Pelbagai pendapat mengenai nama kecil beliau. Ada yang mengatakan bahawa nama kecilnya adalah Balun yang kemudian disebut sebagai Sutan Balun, berdasarkan Tambo Minangkabau. Terdapat juga yang mengatakan nama kecilnya adalah Jatang atau Cumatang. Untuk hal ini diperlukan penelitian lebih lanjut oleh para pakar sejarah.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Datuk Perpatih Nan Sebatang lahir daripada pasangan Cati Bilang Pandai dan Puti Indo Jelita. Dia bersaudara dengan Datuk Ketumanggungan yang seibu tetapi berlainan bapa. Gelaran Datuk Perpatih Nan Sebatang diabadikan menjadi nama sebuah jalan di Kota Solok sekarang kerana kononnya tokoh ini sangat berjasa bagi masyarakat Solok dalam bidang pertanian. Gelaran ini juga diturunkan oleh anak buah yang beraliran Bodi Caniago.

Di Negeri Sembilan, Malaysia, orang Minang disana mengamalkan adat Perpatih yang merupakan hasil pemikiran dan gagasan dari Datuk Perpatih Nan Sebatang.

Di dalam tulisan Amogapasya juga disebutkan nama beliau sebagai Parpatiah. Kadangkala ia dikenal pasti sebagai Patih Sewatang. Sesuai dengan gelarannya, ia menduduki jabatan sebagai patih kerajaan bersama Tumenggung yang juga dikenali sebagai Datuk Ketumanggungan.

Patih dan Kerajaan Koto Alang[sunting | sunting sumber]

Sebahagian sumber menyebut bahawa gelaran Datuk Perpatih Nan Sebatang merupakan turun-temurun daripada gelaran raja yang pernah berkuasa di Kerajaan Koto Alang (sebelumnya Kerajaan Kandis) yang bergelar Patih di mana pada masa itu juga bersaing dengan raja bernama Tumenggung.

Karena kehancuran kerajaan Koto Alang maka Patih dan Tumenggung mencari wilayah baru di sekitar kaki Gunung Marapi.

Pengasas Sistem Adat Demokrasi di Minangkabau[sunting | sunting sumber]

Jasa Datuk Perpatih tidak pernah dilupakan dalam ingatan orang Minang yang dituturkan secara turun temurun. Aliran Bodi Caniago yang dibentuknya menentang sistem pemerintahan yang berwibawa dan aristokrasi yang dibangunkan oleh saudaranya, Datuk Ketumanggungan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Batuah, A. Dt. (1959). Tambo Minangkabau dan Adatnya. Jakarta: Balai Pustaka.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]