Datuk Ketumanggungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Ketumanggungan merupakan gelaran salah seorang tokoh legenda penyusun adat Minangkabau[1]. Sistem adat yang disusun oleh Datuk Ketumanggungan ini dikenali juga dengan nama kelarasan Koto Piliang. Sedangkan di Malaysia dan Singapura, sistem ini dikenali sebagai Adat Temenggong.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Menurut salah satu versi Tambo Minangkabau, Datuk Ketumanggungan dilahirkan daripada pasangan Datuk Sri Maharaja Diraja dan Puti Indo Jelita. Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang, penyusun adat Bodi Caniago, merupakan dua orang bersaudara seibu berlainan bapa. Bapanya bernama Cati Bilang Pandai, suami kedua kepada ibunya. Pada tahun 1165 sewaktu Sutan Paduko Basa berumur 18 tahun, beliau diangkat sebagai penghulu dengan gelaran Datuk Ketumanggungan, sekaligus menduduki takhta kerajaan Minangkabau, menggantikan ibunya yang telah menjadi ratu selama 16 tahun. Pada tahun 1295, Dara Jingga yang menurut dugaan sebahagian orang bersuamikan Mahisa Anabrang dari Singasari, dipanggil pulang ke Minangkabau untuk menggantikan kedudukan Datuk Ketumanggungan sebagai raja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Batuah, A. Dt. (1959). Tambo Minangkabau dan Adatnya. Jakarta: Balai Pustaka.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]