David Chung Kim Hiong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:David Chung Kim Hiong.jpg
David Chung Kim Hiong

David Chung Kim Hiong adalah keturunan Cina Malaysia yang telah menerima Anugerah OBE daripada Ratu Elizabeth II dari United Kingdom. David Chung adalah presiden Konfederasi Bolasepak Ocenia (OFC). Beliau dilantik presiden PNG FA pada Ogos 2004 dan kemudian dilantik sebagai naib presiden kanan OFC pada 2007; Presiden OFC tanpa bertanding untuk penggal empat tahun (Januari 2011).

Sumbangan dalam bola sepak[sunting | sunting sumber]

David Chung tiba di Papua New Guinea pada 1985 pada usia 23 tahun semasa dalam urusan perniagaan ketika berkerja dengan sebuah syarikat multinasional yang terbabit dalam bidang pembakalan, perhotelan, perdagangan runcit dan borong. Kemudian beliau memohon kerakyatan negara itu dan tidak lagi menjadi warga negara Malaysia kerana undang-undang Malaysia melarang kewarganegaraan bersilang.

Awalnya beliau cenderung kepada liga ragbi. Tetapi berubah menjadi seorang pemain bola sepak, jurulatih dan pengadil sebelum muncul sebagai pegawai kanan dalam PNG FA. Beliau mencari penaja serta menghulurkan pembiayaan kewangan sendiri ke arah pembangunan sukan bola sepak dan akhirnya sebagai presiden PNG FA.


Beliau turut memperkenalkan pertandingan liga bola sepak separuh profesional di Papua New Guinea (2006), meningkatkan bola sepak peringkat akar umbi, menyokong pembangunan sukan bola sepak wanita dan menyelia projek infrastruktur termasuk pembinaan akademi bola sepak kebangsaan dan pusat teknikal serantau.

Anugerah OBE[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai 2012, David Chung selaku Presiden Persatuan Bolasepak Papua New Guinea (PNG FA) telah dianugerahkan 'Order of British Empire' (OBE) oleh Ratu Elizabeth atas sumbangannya dalam bidang perniagaan, pembangunan dan pentadbiran sukan bola sepak di negara itu.

Gabenor Jeneral Sir Michael Ogio mengumumkan senarai 13 penerima yang layak sempena ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II ke-86 tahun 2012. Ratu Elizabeth II (Elizabeth Alexandra Mary) dilahirkan pada 21 April, 1926. Perkara itu dilaporkan oleh 'The National', sebuah akhbar harian Papua New Guinea.

Anugerah OBE adalah satu kemenangan untuk bola sepak, Papua New Guinea dan dunia. Malaysia dan PNG adalah negara Komanwel yang pernah dijajah oleh British selepas ratusan tahun. [1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]