Papua New Guinea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papua New Guinea

Independen Stet bilong Papua Niugini
Flag of Papua New Guinea.svg
National emblem of Papua New Guinea.svg
Bendera Lambang
Cogan kata"Unity in diversity"
(Melayu: "Perpaduan dalam kepelbagaian") [1]
Lagu kebangsaanO Arise, All You Sons
(Melayu: "Wahai Bangkitlah, wahai anak-anak sekalian")  [2]
Papua New Guinea (orthographic projection).svg
Ibu negara
dan bandar terbesar
Port Moresby
Bahasa rasmi[3]
DemonimOrang Papua New Guinea
KerajaanUnitari demokrasi berparlimen dibawah sistem raja berperlembagaan
• Raja
Charles III
Bob Dadae
James Marape
Badan perundanganParlimen Kebangsaan
Kemerdekaan
• daripada Australia
16 September 1975
Keluasan
• Jumlah
462,840 km2 (178,700 bt2) (ke-56)
• Perairan (%)
2
Populasi
• Perkiraan 2011 Census preliminary results
7,059,653[4] (ke-102)
• Bancian Penduduk 2000
5,190,783
15/km2 (38.8/sq mi) (ke-201)
KDNK (PPP)2011
• Jumlah
$16.863 bilion[5]
$2,532[5]
KDNK (nominal)2011
•  Jumlah
$12.655 bilion[5]
$1,900[5]
Gini (1996)50.9[6]
tinggi
HDI (2011)0.466
rendah · ke-153
Mata wangKina Papua New Guinea
(PGK)
Zon waktuAEST
(UTC+10)
• Musim panas (DST)
UTC+10 (tidak diperhati)
(pada tahun 2005)
Bahagian memandukiri
Kod panggilan+675
DPT internet.pg

Papua New Guinea merupakan sebuah negara di Oceania. Negara ini berjiran dengan provinsi Papua, Indonesia. Papua New Guinea mempunyai kepelbagaian bahasa yang banyak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Manusia yang menetap di Papua New Guinea dianggarkan dimulai sejak 50,000 tahun yang lalu. Penduduk kuno ini mungkin berasal dari Asia Tenggara, sementara mereka yang berasal dari Afrika telah tiba sejak 50,000 sehingga 70,000 tahun yang lalu. Pulau Papua merupakan salah satu benua pertama setelah Afrika dan Eurasia yang dihuni oleh manusia moden, dengan penghijrahan pertama pada waktu lebih kurang sama dengan yang di Australia. Pertanian dikembangkan secara mandiri di dataran tinggi Pulau Papua sekitar 7,000 SM, membuatnya menjadi salah satu dari sedikit daerah domestik tanaman asli di dunia. Migrasi utama penutur bahasa Austronesia datang ke daerah pantai sekitar 2,500 tahun yang lalu, dan ini berkorelasi dengan pengenalan tembikar, babi, dan teknik-teknik memancing tertentu. Baru-baru ini, sekitar 300 tahun yang lalu, ubi jalar memasuki Pulau Papua, yang telah diperkenalkan ke Maluku dari Amerika Selatan oleh kekuasaan kolonial dominan lokal, Portugal.[7] Panen ubi jalar yang meningkat telah mentransformasi pertanian tradisional secara radikal; ubi jalar menggantikan sebahagian besar bahan pokok sebelumnya, talas, dan memberikan peningkatan yang signifikan pada populasi di dataran tinggi.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Negara ini dengan keluasan 462.840 km ² (178,704 batu ²), Papua New Guinea adalah negara terluas ke-54 di dunia.

Papua New Guinea sebahagian besar bergunung-gunung (puncak tertingginya adalah Gunung Wilhelm setinggi 4.509 meter; 14.793 kaki dan sebahagian besarnya ditutupi hutan hujan tropika, seperti juga kawasan tanah lembap yang sangat luas di sekitaran sungai Sepik dan Fly. Papua New Guinea dikelilingi oleh terumbu karang yang turut memeliharanya.

Negara ini terletak di Cincin Api Pasifik, pada titik tumbukan beberapa plat tektonik. Terdapat sejumlah gunung berapi yang aktif, dan letupan gunung itu sangatlah sering. Gempa bumi cukup lazim berlaku, kadang-kadang disertai tsunami.

Daratan utama negara ini adalah paro timur Pulau Papua, di mana bandar-bandar terbesar ada di sana, termasuk di antaranya ibu kota Port Moresby dan Lae; pulau-pulau utama yang lain adalah Ireland Baru, United Baru, Manus, dan Bougainville.

Papua New Guinea adalah salah satu dari sedikit kawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa yang mengalami hujan salji, yang hadir di titik-titik yang tertinggi di daratan utamanya.

Politik[sunting | sunting sumber]

Papua New Guinea merupakan anggota Negara-Negara Komanwel, dan Raja Charles III merupakan ketua negaranya. Sudah diharapkan oleh konvensi perlembagaan, yang menyiapkan rancangan perlembagaan, dan oleh Australia, bahawa Papua New Guinea akan memilih untuk tidak mempertahankan hubungan dengan monarki Inggeris. Bagaimanapun, para pendirinya menganggap bahawa kaum terhormat kerajaan menganggap bahawa negara yang baru merdeka tidak akan mampu berbincang dengan murni melalui sistem kerajaan pribumi - sehingga sistem monarki Inggeris dipertahankan.[8] Raja diwakili oleh Gabenor Jeneral Papua New Guinea, saat ini Michael Ogio. Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon adalah dua entiti negara yang tidak biasa di antara Negara-Negara Komanwel, yakni bahwa Gabenor Jeneral secara efektif dipilih oleh badan perundangan dan bukan oleh cabang eksekutif, seperti di beberapa negara demokrasi berparlimen.

Undang-undang[sunting | sunting sumber]

Parlimen berbilik tunggal menjalankan legislasi menurut cara yang sama seperti di dalam ranah hukum lainnya, iaitu dengan memiliki "kabinet," "pemerintah yang bertanggung jawab," atau "demokrasi parlementer": sistem ini diajukan oleh pemerintah eksekutif kepada legislatur, diperdebatkan, dan bila lulus, akan menjadi undang-undang ketika rancangan itu menerima persetujuan kerajaan melalui Gabenor Jeneral. Sebahagian peraturan legislasi sebenarnya diterapkan oleh birokrasi di bawah legislasi sebelumnya yang sudah diluluskan dan dibenarkan oleh Parlimen.


Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Papua New Guinea dan sebuah syarikat Malaysia, Binapuri, telah menandatangani satu memorandum bagi membina lebuh raya sepanjang 69 kilometer di Papua New Guinea yang melalui 5 daerah . Perjanjian di buat pada 19 Mac 2002.

Menteri Kerja Raya Papua New Guinea Alfred Pogo berkata, projek itu termasuk dalam rancangan pembangunan 10 tahun Papua New Guinea. Penekanan diberikan kepada sektor pembangunan infrastruktur.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Somare, Michael (6 December 2004). "Stable Government, Investment Initiatives, and Economic Growth". Keynote address to the 8th Papua New Guinea Mining and Petroleum Conference. Dicapai pada 9 August 2007.
  2. ^ "Never more to rise". The National (February 6, 2006). Dicapai pada 19 January 2005. Unknown parameter |royal_anthem= ignored (bantuan)
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cia tidak disediakan
  4. ^ Population a concern Diarkibkan 2013-06-28 di archive.today postcourier.com.pg (25 June 2013)
  5. ^ a b c d "Papua New Guinea". International Monetary Fund. Dicapai pada 20 April 2012.
  6. ^ "GINI index". World Bank. Dicapai pada 30 July 2013.
  7. ^ Swaddling (1996) p. 282
  8. ^ Bradford, Sarah (1997). Elizabeth: A Biography of Britain's Queen. Riverhead Books. ISBN 1-57322-600-9.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Swadling, Pamela (1996). Plumes from Paradise. Papua New Guinea National Museum. ISBN 9980-85-103-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]