David Heinemeier Hansson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
David Heinemeier Hansson ketika sedang menyampaikan syarahan.

David Heinemeier Hansson (dilahirkan pada tahun 1979 di Copenhagen) ialah seorang pengaturcara komputer berbangsa Denmark yang terkenal sebagai pencipta rangka kerja pembangunan web Ruby on Rails dan Instiki. Beliau adalah seorang rakan di firma pembangunan perisian berdasarkan web 37signals.

Pada tahun 1999, David mengasaskan dan membina sebuah tapak web dan masyarakat berita permainan dalam talian yang dinamakan Daily Rush, yang ditadbir oleh beliau sehingga tahun 2001.

Pada tahun 2005, beliau diiktiraf oleh Google dan O'Reilly dengan anugerah Hacker of the Year (Penggodam Tahun Ini) sempena penciptaan Ruby on Rails. Selepas menamatkan pengajian di Copenhagen Business School dan menerima ijazah sarjana muda, beliau berpindah dari Denmark ke Chicago, Illinois pada bulan November 2005.

David menjadi pembantu penulis Agile Web Development with Rails pada tahun 2005.

David pernah muncul pada kulit depan Linux Journal keluaran Julai 2006, yang mengandungi sebuah wawancara dengan beliau.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.