Daya tindak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tekanan mampu mengalakan tingkah laku daya tindak

Daya tindak (atau koping, dari bahasa Inggeris: coping) merupakan tindak balas pemikiran dan tingkah laku terhadap seseorang individu dalam mengalami situasi tekanan atau stres yang bertujuan untuk mengatasi masalah atau konflik yang muncul akibat daripada situasi tersebut, sama ada masalah dalaman mahupun luaran.[1][2] Strategi daya tindak juga merupakan salah satu usaha yang konstruktif atau membina penghalang kepada tekanan.[3][4][5] Contoh daya tindak untuk berhadapan dengan rangsanagan stres yang dilakukan oleh golongan kanak-kanak pada kebiasanya ialah menggigit kuku (onikofagi, dari bahasa Inggeris: onychophagy).[6] Keberkesanan usaha untuk tingkah laku daya tindak bergantung pada jenis tekanan, individu, dan keadaan semasa. Tindak balas daya tindak sebahagiannya dikawal oleh personaliti (sifat kebiasaan), tetapi juga sebahagiannya oleh persekitaran sosial, terutamanya sifat persekitaran yang menekankan.[7]

Strategi daya tindak[sunting | sunting sumber]

Beratus-ratus strategi daya tindak telah dicadangkan dalam usaha untuk memahami cara seseorang individu bertindak.[7] Klasifikasi strategi ini ke dalam seni bina yang lebih luas belum dipersetujui. Penyelidik-penyelidik cuba mengumpulkan tindak balas daya tindak secara rasional, secara empirik dengan analisis faktor, atau melalui gabungan kedua-dua teknik.[8] Pada awalnya, Folkman dan Lazarus telah membahagikan strategi daya tindak kepada empat kumpulan, iaitu fokus masalah, fokus emosi, usaha mencari sokongan, dan daya tindak yang memberikan makna.[9][10] Weiten pula mengenal pasti empat jenis strategi daya tindak iaitu fokus penilaian (kognitif penyesuaian), fokus masalah (tingkah laku suai), fokus emosi dan daya tahan pekerjaan.[11][12] Sesetengah sarjana telah mempersoalkan kesahihan psikometrik dalam pengkategorian paksa kerana strategi tersebut tidak bebas antara satu sama lain..[13] Pada hakikatnya, orang ramai boleh menggunakan pelbagai strategi daya tindak secara serentak. Kebiasaanya, orang menggunakan campuran beberapa jenis strategi daya tindak, yang mungkin berubah dari semasa ke semasa. Semua strategi ini boleh terbukti berguna, tetapi ada yang mendakwa bahawa mereka yang menggunakan strategi daya tindak, masalah yang dihadapinya akan "disesuaikan" oleh diri dengan kehidupan yang lebih baik.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "daya tindak". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ Maryam, Siti (2017). "Strategi Coping; Teori dan Sumberdayanya". Jurnal Konseling Andi Matappa. 1 (2): 101-107.
  3. ^ Smith; Eisenberg; Spinrad; Chassin; Morris; Kupfer; Liew; Cumberl; Valiente; Kwok (2006). "Children's coping strategies and coping efficacy: Relations to parent socialization, child adjustment". Development and Psychopathology (dalam bahasa Inggeris). 18: 445-469. doi:10.1017/S095457940606024X. PMID 16600063.
  4. ^ Cummings, E. Mark; Greene, Anita L.; Karraker, Katherine H., penyunting (1991). Life-span Developmental Psychology: Perspectives on Stress and Coping. m/s. 92. ISBN 978-0-8058-0371-6.
  5. ^ R.S. Lazarus & S. Folkman, Stress, Appraisal, and Coping (1984) p. 141. ISBN 0-8261-4191-9
  6. ^ Nor Aimi Harun; Fauziah Md. Jaafar (2019). "Memahami Strategi Daya Tindak (Coping Strategy) dalam Kalangan Murid-murid Prasekolah Orang Asli". BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 2 (2): 000–009. ISSN 2600-9080.
  7. ^ a b Carver, Charles S.; Connor-Smith, Jennifer (2010). "Personality and Coping". Annual Review of Psychology. 61: 679–704. doi:10.1146/annurev.psych.093008.100352. PMID 19572784.
  8. ^ Folkman & Moskowitz 2004, m/s. 751.
  9. ^ Folkman & Moskowitz 2004.
  10. ^ Harrington 2013, m/s. 303.
  11. ^ Weiten, W. & Lloyd, M.A. (2008) Psychology Applied to Modern Life (9th ed.). Wadsworth Cengage Learning. ISBN 0-495-55339-5.[halaman diperlukan]
  12. ^ Billings, Andrew G.; Moos, Rudolf H. (June 1981). "The role of coping responses and social resources in attenuating the stress of life events". Journal of Behavioral Medicine. 4 (2): 139–157. doi:10.1007/BF00844267. PMID 7321033. S2CID 206785490.
  13. ^ Folkman & Moskowitz 2004, m/s. 753.
  14. ^ Taylor, S.E. (2006). Health Psychology, international edition. McGraw-Hill Education, p. 193

Sumber[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Susan Folkman and Richard S. Lazarus, "Coping and Emotion", in Nancy Stein et al. eds., Psychological and Biological Approaches to Emotion (1990)
  • Brougham, Ruby R.; Zail, Christy M.; Mendoza, Celeste M.; Miller, Janine R. (2009). "Stress, Sex Differences, and Coping Strategies Among College Students". Current Psychology. 28 (2): 85–97. doi:10.1007/s12144-009-9047-0. S2CID 18784775.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]