Dean Henderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dean Henderson
Henderson bermain untuk Sheffield United pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Dean Bradley Henderson[1]
Tarikh lahir (1997-03-12) 12 Mac 1997 (umur 27)[2]
Tempat lahir Whitehaven, England
Ketinggian 6 kaki 2 inci (1.88 m)[3]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini

Nottingham Forest

(Pinjaman dari Manchester United)
Nombor 26
Kerjaya remaja
2005–2011 Carlisle United
2011–2015 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2015– Manchester United 13 (0)
2016Stockport County (pinjaman) 9 (0)
2016–2017Grimsby Town (pinjaman) 7 (0)
2017–2018Shrewsbury Town (pinjaman) 38 (0)
2018–2019Sheffield United (pinjaman) 46 (0)
2019–2020Sheffield United (pinjaman) 36 (0)
2022–Nottingham Forest (pinjaman)
Pasukan kebangsaan
2012 England B16 1 (0)
2013–2014 England B17 5 (0)
2016–2017 England B20 6 (0)
2018–2019 England B21 11 (0)
2020– England 1 (0)
Pengalaman
Men's football
Mewakili  England
Kejohanan Eropah UEFA
Naib-juara 2020
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:57, 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:49, 12 November 2020 (UTC)

Dean Bradley Henderson (lahir 12 Mac 1997) ialah seorang pemain bola sepak profesional Inggeris yang bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris Nottingham Forest F.C., secara pinjaman daripada Manchester United, dan pasukan kebangsaan England.

Henderson menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Manchester United pada tahun 2015 dan memperpanjangnya pada tahun 2018 untuk dua tahun lagi hingga 2022. Dia membuat debut untuk Manchester United menentang Luton Town pada pusingan ketiga Piala EFL pada tahun 2020. Dia juga telah dipinjamkan kepada sejumlah pasukan lain. Setelah bermain di pelbagai bahagian bawah, dia membuat debut Liga Perdana dengan Sheffield United pada tahun 2019. Dia telah mewakili England di bawah-16, bawah-17, bawah-20, bawah-21 dan peringkat senior.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Akademi Manchester United[sunting | sunting sumber]

Henderson menyertai Akademi Manchester United ketika berusia 14 tahun, dia telah menghabiskan enam tahun di Carlisle United.[4] Dia pertama kali menyertai akademi pada bulan Ogos 2011.[5]

Setelah maju ke akademi, Henderson adalah antara 10 pemain yang menyertai skuad Academi untuk musim 2013-14.[6] Dia menjadi penjaga gol untuk pasukan U18 pada musim 2013–14.[7]

Pada musim 2014–15, Henderson terus beraksi cemerlang sebagai penjaga gol untuk pasukan U18, dia membuat 25 penampilan tetapi mengalami kecederaan menjelang akhir musim. Namun demikian, dia antara calon untuk anugerah Pemain Terbaik Muda Jimmy Murphy tetapi kalah kepada Axel Tuanzebe.[4] Pada bulan Ogos 2015, Henderson menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan kelab.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2019/20 Premier League squads confirmed". Premier League. 3 September 2019. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  2. ^ "Dean Henderson: Overview". ESPN. Dicapai pada 4 September 2020.
  3. ^ "Dean Henderson: Overview". Premier League. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  4. ^ a b "Dean Henderson". Manchester United FC. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2018. Dicapai pada 26 Disember 2016.
  5. ^ "The Gossip Week". Manchester United F.C. 8 Ogos 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2018. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  6. ^ "Reds sign up first-years". Manchester United F.C. 30 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2018. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  7. ^ "United's Youth Cup squad". Manchester United F.C. 18 Disember 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mei 2018. Dicapai pada 26 Mei 2018.
  8. ^ "Dean Henderson signs new Manchester United contract". The Peoples Person. 25 Ogos 2015. Dicapai pada 26 Mei 2018.