Dell Henderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dell Henderson
Dell Henderson - Aug 1920 EH.jpg
Henderson, 1920
KelahiranGeorge Delbert Henderson
(1877-07-05)5 Julai 1877
St. Thomas, Ontario, Kanada
Meninggal dunia2 Disember 1956(1956-12-02) (umur 79)
Hollywood, California, AS
Nama lainDel Henderson
Arthur Buchanan
Tahun aktif1908-1950
PasanganFlorence Lee (?-1956) (kematiannya)

George Delbert "Dell" Henderson (5 Julai 1877 — 2 Disember 1956) merupakan pelakon, penulis skrip dan pengarah filem Kanada-Amerika. Beliau telah memulakan kerjaya dalam bidang perfileman sejak era filem senyap lagi.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di St. Thomas, Ontario, Dell Henderson memulakan kerjayanya sebagai pelakon pentas dan Monday Morning in a Coney Island Police Court (1908) menjadi filem pertama beliau. Henderson banyak bekerjasama dengan pengarah D.W. Griffith sejak 1909. Beliau turut muncul dalam beberapa filem terbitan Mack Sennett dan Keystone Studios. Selain berlakon, Henderson turut mengarahkan hampir 200 buah filem senyap sepanjang tahun 1911 sehingga 1928.[2] Kebanyakan filemnya telah hilang dan dilupakan.

Selepas bersara dari pengarahan filem pada tahun 1927, beliau memulakan semula kerjayanya sebagai pelakon sepenuh masa dan memainkan peranan dalam The Crowd (1928) dan sebagai Jeneral Marmaduke Pepper dalam Show People (1928). Kemunculan filem bersuara telah menghancurkan kerjaya lakonan beliau dan beliau dilihat sering melakonkan watak-watak kecil sahaja.

Henderson meninggal dunia akibat serangan jantung di Hollywood di usia 79.[3][4] Beliau pernah mengahwini pelakon Florence Lee sehingga kematiannya. Mereka pernah muncul dalam beberapa buah filem bersama-sama.

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Screen captures of Dell Henderson in various screen appearances
  2. ^ Pickford, Mary {copyright, 1916, by The McClure Newspaper Syndicate}. "Daily Talks by Mary Pickford" (The Day {New London, Connecticut}, November 1, 1916, page 11)
  3. ^ "Del Henderson, 79, Former Film Actor". New York Times. December 5, 1956. Dicapai 2010-03-09. Del Henderson, early motion-picture actor and director, died Sunday at the Motion Picture Country House after a heart attack, ... 
  4. ^ Howard Maurer, Joan; (1984). The Three Stooges Book of Scripts, Citadel Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]