Dermaga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pengendalian kontena di sebuah dermaga di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

Dermaga (Bahasa Inggeris: wharf) ialah satu binaan tempat untuk kapal berlabuh dan ditambat untuk proses pemuatan dan pemunggahan kargo.

Antara kegiatan lain yang dilakukan di dermaga ialah pengisian bahan api dan air bersih, pemerosesan bahan kumbahan, dan pusat penyimpanan sementara jika terdapat kemudahan gudang.

Reka bentuk asas dermaga terdiri daripada satu pelantar rata yang disokong oleh cerucuk atau tiang-tiang.

Jenis demaga[sunting | sunting sumber]

  • Dermaga kargo pukal cerai - dermaga yang dikhususkan untuk pengendalian kargo pukal cerai yang menggunakan samada kren dok ataupun kren kapal itu sendiri.
  • Dermaga kontena - dermaga yang dikhususkan untuk pengendalian kontena yang menggunakan kren dermaga.
  • Dermaga kargo pukal - dermaga yang dikhususkan untuk pengendalian kargo pukal seperti arang batu, bijih besi, dan petroleum. Terdapat alat pengendalian seperti pancuran, penyodok timba (bucket shovel), pemunggah cekau (grab unloader) dan tali sawat penyampai (conveyor belt).
  • Dermaga marina ialah dermaga yang digunakan untuk kapal persiaran dan bot laju.
  • Demaga perikanan - dermaga khusus untuk aktiviti perikanan seperti pemunggahan hasil laut dan penambatan kapal dan bot nelayan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]