Des Moines, Iowa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Des Moines, Iowa
Bandar Des Moines
NegaraAmerika Syarikat
NegeriIowa
Keluasan
 • Jumlah82.60 batu persegi (213.93 km2)
Aras
955 ft (291 m)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah217,521
 • Kepadatan3,000/batu persegi (1,000/km2)
Zon waktuUTC-6 (CST)
 • Musim panas (DST)UTC-5 (CDT)
Laman sesawanghttp://www.dmgov.org/

Des Moines (AFA: /dɪˈmɔɪn/) ialah ibu negeri Iowa, Amerika Syarikat dan bandarnya yang mempunyai paling banyak penduduk.

Nama Des Monies berasal daripada Kubu Des Moines (1843-1846) yang dinamakan demi Sungai Des Moines. Berdasarkan bukti arkeologi, persimpangan Des Moines dan Sungai Raccoon menarik minat manusia untuk sekurang-kurangnya 7000 tahun. Latar langit Des Moines bertukar pada tahun 1970-an dan 1980-an kerana beberapa pencakar langit baru dibina. Berdasarkan Bancian AS, bandar ini mempunyai keluasan 234.78 km2, yang terdiri daripada 230.33 km2 kawasan darat dan 4.48 km2 kawasan perairan.[1]

Banyak syarikat insurans berpusat di Des Moines, termasuk Kumpulan Kewangan Principal, Kumpulan Insurans EMC, Fidelity & Guaranty Life, Insurans Allied, Insurans GuideOne, Perisai Biru Salib Biru Wellmark Iowa dan Syarikat Insurans Republik Amerika. Terdapat beberapa muzium di Des Moines, seperti Pusat Seni Des Moines, Persatuan Sejarah & Muzium Polis Des Moines, Pusat Pendidikan & Muzium Kubu Des Moines, Muzium Rumah Jordan dan lain-lain. Des Moines ditadbir bawah jenis kerajaan majlis-pengurus. Des Moines mempunyai sistem jejak langit yang lengkap di teras pusat bandar. Kawasan Sekolah Awam Des Moines ialah kawasan sekolah masyarakat yang paling besar di Iowa dengan 32062 pelajar yang didaftarkan pada tahun persekolahan 2012-2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gazetteer files, 2015".