Desa KEDA Bagan Sena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Desa KEDA Bagan Sena[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Bagan Sena adalah salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah  Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1991. Desa KEDA ini mula diduduki secara berperingkat pada tahun 1993, 1996 dan 2002. Bilangan rumah adalah  sebanyak 117 buah dan telah memberi manfaat kepada 685 orang penduduk Daerah Kulim.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Bagan Sena merupakan sebuah penempatan semula yang dikategorikan sebagai kampung PPRT. Pembukaan perkampungan ini berkait rapat dengan Kampung Labu Besar. Hal ini kerana pada masa dahulu terdapat ramai pedagang yang telah datang berdagang di kawasan tersebut. Suatu masa dahulu Labu Besar lebih dikenali sebagai Labuh Besar kerana ia menjadi tempat pedagang melabuhkan sampan yang membawa barang dagangan melalui Sungai Baling. Selain itu, ketiadaan tempat bermalam yang sempurna menyebabkan pedagang bersepakat untuk berbagan di sebuah kawasan yang tidak jauh dari Labuh Besar. Berbagan pada waktu itu bermaksud bermalam atau bersinggah di suatu tempat. Oleh yang demikian, setiap kali pedagang berlabuh mereka sering menyebut ‘kita berbagan di sana’. Maka dari situlah timbulnya nama Bagan Sena. Sejak dari itu, perkampungan ini pun dibuka dan ramai yang berhijrah dan menetap di Kampung Bagan Sena. Nama Desa KEDA Bagan Sena diambil bersempena nama Kampung Bagan Sena.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Bagan Sena
Mukim Bagan Sena
DUN Merbau Pulas
Parlimen Padang Serai
Daerah Kulim
Negeri Kedah Darul Aman
Map

Geografi[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA Bagan Sena terletak di kawasan tanah berbukit yang dikelilingi dengan kelapa sawit. Keluasan kawasan ini ialah 31.38 ha meliputi kawasan perumahan, pertanian, surau, dewan dan gerai. Kawasan tanah yang berbukit diusahakan dengan tanaman nanas dan serai.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 6, Kulim yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Bagan Sena. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu dalam pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bagan Sena[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Bagan Sena bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Dahalan bin Darus
Timbalan Pengerusi Adanan bin Hashim
Setiausaha Abd Wahab bin Abu Bakar
Biro Kewangan/Bendahari Ramlah binti Mat Isa
Biro Pembangunan Prasarana Khalid bin Jaafar
Biro Keselamatan dan Kesihatan Johari bin Hussain
Biro Ekonomi dan Keusahawanan Khalijah binti Che Mee
Biro Kesejahteraan dan Keceriaan Khalid bin Jaafar
Biro Belia, Sukan & NGO Muhammad Muaz bin Abdul Manad
Biro Pengurusan Kewangan Ramlah binti Mat Isa
Biro Pendidikan & Inovasi Tiada
Biro Agama dan Kerohanian Mat Saad bin Abdul Rahman
Biro Kebajikan dan Kesukarelawan Salmah binti Mohamed
Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi Marzieyah binti Abd Manab
Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga Roslina binti Abd Rahim

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Perkara Bilangan (orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 450
Jumlah Keluarga 117
Bilangan Penduduk Lelaki 252
Bilangan Penduduk Perempuan 198

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Bagan Sena adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 27
Diploma 45
Ijazah 12
Jumlah 84

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Bagan Sena dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (orang)
<RM530.00 93
RM531.00 - RM790.00 91
RM791.00 – RM1,319.00 14
>RM1,319.00 172

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Bagan Sena ialah sebanyak 31.38ha yang merangkumi kawasan surau/dewan 0.78ha, tapak kediaman 12.05ha, kawasan pertanian 28.96ha, tapak perniagaan 1.39ha dan lain-lain 9.46 ha.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (unit)
Kereta 107
Motosikal 197
Lori 2
Van 1
Basikal 19

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur asas, terdapat jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 5km. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah sebanyak 117 unit rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada tetapi tahap kepuasanatau liputan kurang baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan kurang baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infrastruktur awam, Desa KEDA Bagan Sena dilengkapi dengan sebuah surau/dewan, sebuah Pusat Komuniti Desa, sebuah Tadika, sebuah bilik gerakan, sebuah pusat ilmu serta lima buah gerai.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Bagan Sena adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (orang)
OKU 2 (L) 4 (P)
Bapa Tunggal 6
Ibu Tunggal 6
Anak Yatim 108