PPRT

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) adalah program membantu membaiki rumah penduduk Malaysia yang tinggal di pedalaman yang miskin dan daif. Kebanyakan rumah mereka terlalu uzur yang dibina pada 1960-an dan 1970-an, rumah papan, tidak ada bekalan air dan elektrik. Kebanyakannya pula hanya didiami oleh ibu bapa atau datuk nenek yang tua dan uzur. Projek Perumahan Rakyat Termiskin) telah diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1995.

Namun PPRT telah diperluaskan skopnya dengan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah.

Di kawasan bandaraya Kuala Lumpur pula kerajaan memperkenalkan Program Perumahan Rakyat iaitu membina rumah pangsa di kawasan setinggan. Penduduk setinggan dipindahkan ke kawasan tertentu sementara menunggu PPR menyiapkan rumah pangsa berkenaan. Bajet 2001 memperuntukkan RM 797 juta bagi projek perumahan rakyat. Projek Perumahan Rakyat dilaksanakan oleh Jabatan Perumahan Negara. Daripada jumlah itu, RM 634.8 juta adalah untuk meneruskan projek perumahan rakyat (PPR). Menurut Menteri Perumahan, Datuk Ong Ka Ting, daripada projek itu, 35,000 unit adalah untuk kawasan Lembah Klang yang bertujuan untuk mengawal dan menempatkan semula setinggan.[1][2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]