Desa KEDA Dingin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Desa KEDA Dingin[sunting | sunting sumber]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Dingin adalah salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1999. Desa KEDA ini mula diduduki secara berperingkat pada tahun 2000 dan 2013. Bilangan rumah adalah sebanyak 64 buah dan telah memberi manfaat kepada 287 orang penduduk Daerah Kulim.

Sejarah Kampung[sunting | sunting sumber]

Penempatan ini merupakan sebahagian daripada kawasan ladang milik Guthrie atau lebih dikenali sebagai Ladang Sungai Dingin, Mahang. Pengambilan semula untuk tujuan penempatan telah dibuat daripada sebahagian lot 595 Kampung Dingin.

Desa KEDA Dingin mula diduduki pada tahun 2000 dan dinamakan dengan mengambil sempena nama perkampungan asal iaitu Kampung Dingin yang terlebih dahulu wujud bersebelahan dengan penempatan ini. Desa ini terletak 37 km dari Bandar Kulim dan dibawah pengurusan KEDA Zon 6, Kulim. Penduduk yang dipilih untuk menyertai program ini terdiri daripada penduduk kampung-kampung sekitar Mahang antaranya dari Kampung Ulu Mahang, Kampung Sungai Buloh dan lain-lain. Mereka terdiri daripada golongan termiskin yang berpendapatan rendah dan tidak mempunyai tapak rumah mahupun rumah sendiri. Kebanyakan pendapatan purata penduduk di sini adalah sebanyak RM600.00 sebulan.

Di awal pembukaan Kampung Dingin, kawasan ini dipenuhi dengan hutan tebal, belukar selain kaya dengan tumbuhan rotan iaitu rotan dini. Hasil rotan yang banyak di kawasan ini menjadi buah mulut dan menjadi sebutan ramai. Hal ini telah menjadi identiti kampung ini dan dinamakan sebagai “Kampung Dini” oleh orang ramai. Disamping itu, berbaur dengan slanga penduduk tempatan akhirnya sebutan dini telah bertukar menjadi dingin. Maka sehingga hari ini Kampung Dingin menjadi lebih sejati dan terus dikenali sebagai Kampung Dingin.

Info Desa[sunting | sunting sumber]

Nama Desa Desa KEDA Dingin
Mukim Sedim
DUN Kulim
Parlimen Kulim Bandar Baharu
Daerah Kulim
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi[sunting | sunting sumber]

Map

Desa KEDA Dingin terletak di kawasan tanah berbukit yang dikelilingi dengan hutan tebal, belukar dan tumbuhan rotan. Keluasan kawasan ini ialah 86.1 ekar meliputi kawasan perumahan, pertanian, surau dan gerai. Kawasan tanah yang berbukit diusahakan dengan tanaman jagung manis, kelapa sawit dan tebu.

Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 6, Kulim yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Dingin. Penyelia kampung akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu dalam pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Dingin[sunting | sunting sumber]

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Dingin bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut:

Jawatan Penyandang
Pengerusi Mohamad Nasir bin Said
Timbalan Pengerusi Romli bin Nasir
Setiausaha Mohamad Norrasyid bin Hassan
Bendahari Rusli bin Ramly
Biro Agama Abdul Razak bin Wahid
Biro Hal Ehwal Wanita Noraini binti Abu Bakar
Biro Kebersihan & Keceriaan Che Amah binti Abdullah
Biro Keselamatan Azmi bin Mat
Biro Teknologi Maklumat Norshazlin binti Zainoda Saidi
Biro Belia Mohamed Basir bin Mat Noor
Biro Pendidikan & Inovasi Rozila binti Osman
Biro Permbangunan Prasarana Siti Atikah binti Adam
Biro Sosial & Kebudayaan Siti Zubidah binti Hamid
Biro Kebajikan Mohd Azmi bin Mat Zain
Biro Sukan dan Rekreasi Muhammad Suhaimi bin Ahmad

Maklumat Penduduk[sunting | sunting sumber]

Maklumat penduduk Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 287
Jumlah Keluarga 62
Bilangan Penduduk Lelaki 127
Bilangan Penduduk Perempuan 160

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sekolah Pondok/ Agama 10
Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Kemahiran Bertauliah 139
Diploma 25
Ijazah 4
Jumlah 178

Pendapatan Kasar Isi Rumah[sunting | sunting sumber]

Penduduk Desa KEDA Dingin dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 Tiada
RM531.00 - RM790.00 14
RM791.00 - RM1,319.00 43
>RM1,319.00 7

Kegunaan Tanah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Dingin ialah sebanyak 86.1 ekar yang merangkumi kawasan pertanian seluas 76.10 ekar, bangunan awam seluas 1.19 ekar dan kawasan tapak kediaman seluas 8.81 ekar.

Hak Milik Penduduk[sunting | sunting sumber]

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 60
Motosikal 64

Kemudahan Asas[sunting | sunting sumber]

Dari segi infrastruktur asas, terdapat jalan kampung berturap sedia ada sepanjang 1.5km dan lampu jalan sebanyak 19 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah sebanyak 64 unit rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dengan tahap kepuasan atau liputan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infrastruktur awam, Desa KEDA Dingin dilengkapi dengan sebuah surau, sebuah perpustakaan, sebuah pusat ICT, sebuah bilik gerakan dan sebuah lot permainan kanak-kanak serta sebuah gelanggang permainan.

Golongan Khas[sunting | sunting sumber]

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Dingin adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
OKU 4(L) 2(P)
Bapa Tunggal 2
Ibu Tunggal 20
Anak Yatim Tiada