Devil May Cry: The Animated Series

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Devil May Cry: The Animated Series
DevilMayCryDVD01.jpg
Logo siri anime Devil May Cry.
デビル メイ クライ
Genre Aksi
Anime
Pengarah Shin Itagaki
Studio Madhouse
Dilesenkan oleh Kanada Amerika Syarikat ADV Films
Penyiaran Asal Jepun WOWOW
Dikeluarkan pada 14 Jun 2007 – kini
Episod 12
Portal Anime dan Manga

Devil May Cry ialah sebuah siri anime berdasarkan sebuah siri permainan video, dicipta dan dimiliki oleh Capcom. Siri ini disiarkan di siaran TV WOWOW di Jepun pada 14 Jun 2007, dan akan berlangsung selama 12 episod.[1][2][3]

Siri ini dihasilkan oleh studio anime Madhouse dan diarahkan oleh Shin Itagaki. Bingo Morihashi yang merupakan salah satu penulis cerita bagi permainan videonya yang kedua, ketiga dan keempat, juga merupakan kakitangan dalam penerbitan siri anime tersebut.

Sebuah treler teaser, dikeluarkan di laman rasmi siri ini, mempamerkan kerja seni watak utamanya, iaitu Dante, yang juga merupakan protagonis dalam siri permainan videonya dan telah mengesahkan bahawa dia merupakan watak utama siri animenya.

Treler kedua yang dikeluarkan di Pameran Anime Tokyo Antarabangsa 2007 menunjukkan animasi sebenar daipada sirinya dan mengandungi senarai watak-watak dan pelakon-pelakon suara latar, mempamerkan watak-watak baru dan watak-watak lain daripada permainan video Devil May Cry.

Pada awal bulan Jun, seluruh episod pertama dikeluarkan di negara-negara Asia kecuali negara Jepun. Episod pertama disiarkan di Jepun pada 14 Jun 2007. Pada 30 Jun 2007, di Anime Expo 07, telah diumumkan bahawa ADV telah melesenkan siri tersebut.

Plot[sunting | sunting sumber]

Kisahnya muncul dalam bentuk kronologi, mengambil masa selepas kejadian permainan video pertama Devil May Cry (Devil May Cry 3, yang merupakan tambahan, juga sebagai imbasan kembali kepada judulnya yang pertama), tetapi sebelum Devil May Cry 2 dengan watak-watak seperti Lady dan Trish, yang masing-masing muncul dalam judul-judul yang disebutkan, sebagai watak-watak separa tetap.

Dalam judul ini, Dante mengurus perniagaan memburu syaitannya, iaitu Devil May Cry, sambil tunggang-langgang di bawah hutang kewangan yang berterusan. Di samping Dante, terdapat dua watak baru yang tetap -- agen Dante bernama Morisson yang sering menziarahinya, dan Patty Royale, seorang gadis kecil dan anak yatim yang diselamatkannya dalam episod pertama, yang sama ada sentiasa menziarahinya ataupun tinggal bersamanya.

Siri ini secara umumnya memang berepisod, namun terdapat sebuah plot yang mengembang, di mana para penonton telah diperkenalkan dalam episod satu dan mula bergerak bermula dengan episod enam, dengan episod sepuluh yang kelihatan akan memulakan babak terakhir kisahnya.

Episod[sunting | sunting sumber]

Judul-judul episod yang berikut muncul dalam bahasa Inggeris dalam siri anime Devil May Cry.

  1. "Devil May Cry" (Syaitan Boleh Menangis)
  2. "Highway Star" (Bintang Lebuh Raya)
  3. "Not Love" {Bukan Cinta)
  4. "Rolling Thunder" (Guruh Beralun)
  5. "In Private" {Secara Sulit)
  6. "Rock Queen" (Ratu Rock)
  7. "Wishes Come True" (Hajat Dikabulkan)
  8. "Once Upon A Time" (Pada Suatu Masa)
  9. "Death Poker" (Pakau Maut)
  10. "The Last Promise" (Janji Terakhir)
  11. "Showtime!" (Tiba Masanya!)
  12. "Stylish!" (Bergaya!)

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Dante, watak utama judul ini

Dante[sunting | sunting sumber]

Seiyu: Toshiyuki Morikawa

Setengah manusia, setengah syaitan (Half Demon). Bapanya pernah merupakan seorang Kesatria Syaitan, dan anaknya menguruskan servis Pemburu Syaitan, mengambil upah untuk kerja-kerja yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib. Dia gemar akan sundae strawberri, pizza, dan sentiasa berhutang.

Trish[sunting | sunting sumber]

Seiyu: Atsuko Tanaka

Seorang syaitan ciptaan Mundus berimejkan ibu Dante, dia menyertai Danter selepas kekalahan Mundus dan menjadi rakan kongsinya. Baru-baru ini dia berputus untuk bekerja sendirian, meskipun Dante memberinya ruang untuk kembali pada bila-bila masa.

Lady[sunting | sunting sumber]

Seiyu: Fumiko Orikasa

Seorang Pemburu Syaitan, berketurunan paderi wanita yang darahnya digunakan Sparda untuk menutup pintu antara dunia manusia dan dunia syaitan. Dante sering berhutang dengannya.

Patty[sunting | sunting sumber]

Seiyu: Fukuen Misato

Seorang gadis kecil yang dijumpai Dante selepas dia dimasukkan ke dalam sebuah keturunan yang kaya. Ini sebenarnya merupakan satu penipuan, dan sejak kebenarannya terbongkar dia menetap bersama-sama Dante, sama ada disukainya ataupun tidak.

Morisson[sunting | sunting sumber]

Seiyu: Akio Ohtsuka

Agen Dante, kadang-kala dia membantunya dengan kerosakan di pejabat Dante.

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

Pembuka

"D.M.C." oleh Rungran

Penutup

"I'll Be Your Home" oleh Rin Oikawa

Tema-tema Lain

"Room DESPAIR" oleh Aimee B

"FUTURE IN MY HANDS" oleh Aimee B

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]