Dewan Masyarakat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dewan Masyarakat
Dewan Masyarakat.jpg
Kategori Sosial, ekonomi, pendidikan & politik
Kekerapan Bulanan
Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka
Isu pertama September 1963
Syarikat Dewan Bahasa Dan Pustaka
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Laman web dwnmasyarakat.dbp.my

Dewan Masyarakat merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak September 1963. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan eksekutif dan profesional, pentadbir, pembuat dasar, pemimpin, usahawan, pendidik, pelajar menengah atas dan pengajian tinggi serta orang ramai. Majalah ini juga mengandungi 68 halaman bercetak. [1]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Majalah ini merupakan majalah khusus tentang hal-hal yang berkaitan dengan bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan politik dalam masyarakat Malaysia. Selain itu, peristiwa dan isu menarik di peringkat antarabangsa turut dipaparkan melalui kolumnis terkenal.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.

  • Semenanjung Malaysia: RM5.50
  • Sabah/Sarawak : RM6.00
  • Singapura : S$5.50
  • Brunei Darussalam : B$5.50

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]