Dewan Sastera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dewan Sastera
KategoriBahasa
KekerapanBulanan
PenerbitDewan Bahasa Dan Pustaka
Isu pertamaJanuari 1971
SyarikatDewan Bahasa Dan Pustaka
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webdwnsastera.dbp.my

Dewan Sastera merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak Januari 1971. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan penyelidik, pensyarah universiti dan maktab, mahasiswa, bakal guru, pelajar menengah tinggi dan peminat sastera. Majalah ini juga mengandungi 100 halaman bercetak.[1] Ia turut diterbitkan dalam format digital yang boleh diakses menerusi laman DBP.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Majalah ini memuatkan karya-karya sastera yang bermutu tinggi dari dalam dan luar negeri. Ia juga sentiasa meneroka penulisan sasterawan yang kreatif serta menemukan hasil kesenian dan pemikiran baru yang dinamik.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.

  • Semenanjung Malaysia: RM 6.00
  • Sabah/Sarawak : RM 6.50
  • Singapura : S$ 6.00
  • Brunei Darussalam : B$ 6.00

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2012-06-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]