Diafragma (anatomi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Diafragma
Respiratory system.svg
Respiratory system
Butiran
Pendahulu Septum transversum, lipatan pleuroperitoneal, dinding badan[1]
Arteri Arteri perikardiakofrenik, arteri muskulofrenik, arteri frenik inferior
Urat Vena frenik superior, vena frenik inferior
Saraf Frenik, dan interkostal bawahan
Pengenalpastian
nama bahasa Latin Diaphragma
MeSH D003964
TA A04.4.02.001
FMA FMA:13295
Terminologi anatomi

Diafragma toraks, atau secara ringkasnya diafragma (Bahasa Yunani Kuno: διάφραγμα, diáphragma, pembahagi), adalah kepingan otot rangka[2] yang meliputi sehingga ke bawah rongga toraks. Kepingan ini memisahkan rongga toraks yang mengandungi jantung dan paru-paru daripada rongga abdomen dan melakukan fungsi penting dalam pernafasan: apabila diafragma mengecut, isipadu rongga toraks meningkat dan udara ditarik ke dalam paru-paru.

Istilah diafragma dalam konteks anatomi boleh merujuk kepada struktur rata yang lain seperti diafragma urogenital atau diafragma pelvis, namun perkataan "diafragma" dengan sendirinya biasa merujuk kepada diafragma toraks. Diafragma manusia sedikit tidak bersimetri di mana bahagian kanannya lebih tinggi daripada bahagian kirinya bagi menampung organ hati yang terletak di bawah sebelah kanan diafragma. Terdapat juga teori yang mengatakan diafragma lebih rendah di sisi kiri ini untuk memberi ruang kepada jantung.

Haiwan mamalia lain turut mempunyai diafragma, dan haiwan vertebrat seperti amfibia dan reptilia mempunyai struktur seumpama organ ini tetapi binaan anatomi pentingnya berbeza mengikut spesies seperti kedudukan paru-paru dalam rongga perut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:EmbryologyUNC
  2. ^ Campbell, Neil A. (2009). Biology: Australian Version (edisi 8th). Sydney: Pearson/Benjamin Cummings. m/s. 334. ISBN 978-1-4425-0221-5.