Diana Rigg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diana Rigg

Rigg dalam Diana pada 1973
Kelahiran
Enid Diana Elizabeth Rigg

(1938-07-20)20 Julai 1938
Meninggal dunia10 September 2020(2020-09-10) (umur 82)
London, England
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1957–2020
Pasangan
Anak-anakRachael Stirling

Dame Enid Diana Elizabeth Rigg (20 Julai 1938 – 10 September 2020) ialah seorang pelakon wanita England. Beberapa peranannya yang terkenal ialah sebagai Emma Peel dalam siri TV The Avengers (1965–1968); Countess Teresa di Vicenzo, isteri James Bond, dalam On Her Majesty's Secret Service (1969); Olenna Tyrell dalam Game of Thrones (2013–2017) dan dalam penampilannya sebagai Medea di Broadway dan di England.

Rigg memiliki kerjaya dan kehidupan yang berjaya di teater, membuat penampilan sulung pentas profesionalnya pada tahun 1957 dalam The Caucasian Chalk Circle dan bekerja dengan Royal Shakespeare Company pada tahun 1959. Beliau membuat penampilan sulunh Broadwaynya di Abelard & Heloise pada tahun 1971. Beliau menjayakan peranan tajuk di Medea, baik di London dan New York, yang mana beliau memenangi Anugerah Tony 1994 untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Drama. Beliau diangkat menjadi CBE pada tahun 1988 dan Dame pada tahun 1994 untuk drama.

Rigg meninggal di rumahnya di London pada 10 September 2020, di usia 82 tahun.[1] Anak perempuannya, Rachael Stirling, mengatakan bahawa punca kematiannya adalah kanser paru-paru, yang telah didiagnosis pada Mac 2020.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dame Diana Rigg: Avengers, Bond and Game of Thrones actress dies at 82". BBC News. 10 September 2020. Dicapai pada 10 September 2020.
  2. ^ Gates, Anita (10 September 2020). "Diana Rigg, Emma Peel of 'The Avengers,' Dies at 82". The New York Times. Dicapai pada 10 September 2020.
  3. ^ Saunders, Emmeline; Pike, Molly (10 September 2020). "Diana Rigg dead: Game Of Thrones star dies after secret cancer battle aged 82". Daily Mirror. Dicapai pada 10 September 2020.
  4. ^ Percival, Ash (10 September 2020). "Dame Diana Rigg Dies, Aged 82". HuffPost. Dicapai pada 10 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]