Dinamik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dinamik adalah cabang mekanik yang mengkaji tindakan daya dan tork ke atas sesuatu jasad, dan kesannya ke atas gerakan jasad itu. Cabang mekanik ini banyak digunakan di dalam aplikasi kejuruteraan seperti gegaran struktur bangunan disebabkan oleh gempa bumi, dan penentuan trajektori peluru berpandu.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, pengkaji bidang dinamik meniliti bagaimana sebuah sistem fizikal berubah dalam tempoh tertentu, dan apakah punca perubahan itu. Isaac Newton telah mengformulasikan hukum-hukum asas gerakan fizikal yang menentukan dinamik sesebuah sistem. Dengan mengkaji hukum-hukum ini, dinamik sebuah sistem dapat difahami.

Dinamik Lelurus dan Dinamik Berputar[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kategori pengkajian dinamik, iaitu pengkajian dinamik lelurus dan pengkajian dinamik berputar. Dinamik lelurus menyentuh tentang pergerakan jasad di dalam garis yang lurus dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya seperti daya, jisim/sesaran inersia, halaju, pecutan dan momentum. Dinamik berputar menyentuh tentang pergerakan jasad di dalam putaran dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya seperti tork, momen inersia, sesaran sudut, halaju sudut, pecutan sudut dan momentum sudut. Selalunya sesebuah jasad bergerak di dalam kedua-dua dinamik ini.

Ruang Dan Waktu[sunting | sunting sumber]

Apabila pengkaji menganalisa dinamik sesebuah sistem fizikal, ruang dan waktu adalah dua unsur penting yang perlu dititikberatkan. Ruang merujuk kepada sistem tiga dimensi di dalam alam ini. Unit asas bagi ruang ialah panjang, diukur di dalam meter (m) mengikut sistem antarabangsa. Terdapat juga unit panjang lain seperti kaki dan inci. Waktu merujuk kepada kitaran masa seperti siang dan malam. Waktu diukur di dalam saat, minit dan jam.

Hukum-Hukum Gerakan Newton[sunting | sunting sumber]

Penganalisaan dinamik sebuah sistem fizikal perlu didasarkan di dalam hukum-hukum gerakan yang diformulasikan oleh Isaac Newton. Hukum-hukum tersebut adalah:

  • Hukum gerakan Newton pertama: Apabila hasil tambah semua daya yang dikenakan ke atas sesuata jasad itu bersamaan dengan sifar, maka halaju jasad itu adalah tetap atau jasad itu statik.
  • Hukum gerakan Newton kedua: Apabila hasil tambah semua daya yang dikenakan ke atas sesuatu jasad itu tidak sifar, maka hasil tambah daya itu bersamaan dengan kadar perubahan momentum lelurus jasad itu.
  • Hukum gerakan Newton ketiga: Daya yang dikenakan oleh sesebuah jasad ke atas jasad yang lain dibalas oleh jasad yang lain dengan magnitud yang sama tetapi arah yang bertentangan.

Hal-hal Yang Berkaitan Dengan Dinamik[sunting | sunting sumber]